1. Path :
  2. Home
  3. /
  4. Terkini di dimsum: Berita Sensasi dan Hiburan Terpilih Asia

Terkini di dimsum: Berita Sensasi dan Hiburan Terpilih Asia

July 22, 2019   –   dimsum

Rangkaian internet menawarkan pelbagai saluran yang menyiarkan berita tergempar, isu semasa tempatan, serta laporan mendalam di dalam dan luar Asia. Namun, bagi peminat berita, bukan mudah untuk mendapatkan semuanya secara percuma dalam satu platform. Jadi di dimsum, kami telah menghimpunkan pilihan saluran terbaik di Asia yang dapat ditonton tanpa bayaran mengikut minat anda, sama ada berita, hiburan, atau gaya hidup.

Berikut ialah 6 siaran terpilih kami:

CCTV4 News

CCTV4 News adalah satu-satunya saluran dari negara China yang disiarkan di seluruh dunia. Saluran ini menawarkan laporan tempatan dan antarabangsa yang terkini, tepat, serta mendalam kepada rakyat China di luar negara. Kandungannya kaya dengan budaya Cina dan antara program-program yang popular termasuklah Focus Today, Asia Today, Homeland Dreamland, dan International Insight.

A1 Entertainment

A1 Entertainment menawarkan berita-berita terkini mengenai dunia hiburan dari seluruh Asia termasuk China, Hong Kong, Korea Selatan dan Jepun. Di sini, anda akan disajikan dengan berita semasa bintang-bintang popular, dan juga sorotan harian.

mStar

Portal berbahasa Malaysia yang moden dan berkepelbagaian, menawarkan kandungan gaya hidup, berita, hiburan, sukan dan sosial kepada generasi muda menerusi pendekatan interaktif dan kreatif. Ia merupakan portal berita bahasa Malaysia pertama yang memenangi anugerah peringkat antarabangsa dalam kategori berita digital di Anugerah Media Digital Asia.

Star TV

Bermula sebagai sebuah laman web berita harian yang menawarkan berita semasa, kandungan menarik dan pandangan bernas. Seiring dengan peredaran masa, kini ia turut mengandungi berita semasa, perniagaan, sukan, komuniti, teknologi, gaya hidup dan berita dunia, serta analisis pakar dan video-video dinamik.

R.AGE

R.AGE merupakan pasukan wartawan siasatan di Malaysia yang berfokus dalam menghasilkan dokumentari multimedia pendek dan kempen-kempen kesedaran. Sesetengah kandungan seperti projek “Predator in My Phone” telah meraih beberapa anugerah peringkat antarabangsa termasuk Anugerah Media Asia (2017) – Cerita Rencana Cemerlang, Anugerah Media Asia (2017) – Perkhidmatan Komuniti, dan Anugerah MPI (2017) – Laporan Penyiasatan Cemerlang.

988

988 ialah salah satu stesen radio berbahasa Cina utama di Malaysia yang meliputi Semenanjung Malaysia dan Singapura. Stesen radio ini terkenal dengan kandungan maklumat hiburan, dan antara ruangan popularnya termasuklah ASEAN FOCUS, Berita Utama, Pengulasan Jumaat, Hiburan, dan Pendapat Awam.

Muat turun aplikasi dimsum menerusi Apple App Store atau Google Playstore dan daftar baru untuk menikmati saluran-saluran ini pada bila-bila masa sahaja. Kandungan berita dan video pendek masih dapat diakses selepas tamat 30 hari percubaan percuma.

Untuk maklumat lanjut, layari dimsum.asia, laman Facebook rasmi dimsum (facebook.com/dimsum.asia) atau Instagram (@dimsum.asia).