1. Path :
  2. Home
  3. /
  4. Raikan ulang tahun keempat Dimsum Entertainment dengan pelbagai kandungan menarik dan menghiburkan!

Raikan ulang tahun keempat Dimsum Entertainment dengan pelbagai kandungan menarik dan menghiburkan!

November 6, 2020   –   dimsum

Selamat ulang tahun keempat Dimsum Entertainment! Sungguh cepat masa berlalu. Pejam celik, sudah empat tahun kami di sini menghiburkan anda dengan menyajikan pelbagai kandungan menarik daripada seluruh Asia.

Membawakan tanda pagar #Awesome4 sebagai tema bagi sambutan ulang tahun pada kali ini, kami di Dimsum Entertainment membariskan variasi drama, filem dan rancangan hiburan terbaik khas untuk tontonan anda sepanjang bulan November.

Anda peminat filem Bollywood? Kami juga! Kembalikan kenangan indah menonton hero dan heroin kegemaran anda menari dan menyanyi menerusi Shemaroo On Demand. Bermula 10 November, kami bakal menyajikan lebih 10 filem Bollywood dengan penambahan judul-judul lain setiap minggu sehingga Februari 2021. Antara filem Bollywood yang perlu anda saksikan termasuklah  Hello BrotherMannHar Dil Jo Pyar Karega, dan Mujhse Shaadi Karogi.

Gemarkan naskhah dari Vietnam? Jangan lupa untuk menyaksikan filem-filem menarik seperti The Heiress, Face Off – The Imperfect Trio, Face Off – The Walking Guest dan filem seram berjudul Kumanthong.

Bagi penggemar K-Drama, kami membawakan judul istimewa untuk anda iaitu Oh!K 365: Repeat The Year. Mengisahkan tentang peluang kedua, drama bersiri ini dilakonkan oleh Lee Joon-Hyuk, Nam Ji-Hyun, Kim Ji-Soo. Selain Oh!K 365: Repeat The Year, anda juga boleh strim siri Oh!K – The Game: Towards Zero yang menampilkan Lim Ju-Hwan, Lee Yeon-Hee dan Ok Taec-Yeon.

Penggemar-penggemar drama daripada Thailand, jangan lupa untuk menyaksikan episod akhir The Last Promise lakonan Tor Thanapob dan Aff Taksaorn manakala ikuti perjalanan dua sejoli Pitcha dan Ramin (Pope Thanvat dan Bella Ranee) menerusi Deceitful Love yang disiarkan setiap Selasa dan Rabu.

Sementara itu, anda juga boleh menyaksikan pelbagai rancangan hiburan dan dokumentari lain seperti The Incredible Hidden Gems (Musim keempat), Hot Door Night, Say And Does, Take A Ride On Hainan Speed Railway, One Minute Korean dan Best Of Cha Chaan Teng.

Hello Brother | India

Filem ini mengisahkan tentang seorang penghantar barang bernama Hero. Dia dikenali sebagai lelaki yang periang dan tidak gemar mencari masalah. Dia sentiasa bersikap positif dan terlalu menghormati majikan tempat dia bekerja iaitu Khanna.

Bagaimanapun, pihak berkuasa mendapati bahawa Khanna mungkin terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah. Satu operasi yang diketuai oleh Inspektor Vishal dijalankan di gudang milik Khanna untuk memberkasnya. Khanna berasa terancam dan cuba untuk mengelak daripada di tahan. Hero yang kebetulan berada di situ ditembak oleh Khanna dan meninggal dunia manakala Inspektor Vishal juga turut terkena tembakan tepat pada jantungnya.

Pihak polis kemudian mengambil keputusan untuk memindahkan jantung Hero ke dalam badan Inspektor Vishal. Selepas pulih daripada pembedahan, Vishal dapat melihat dan berkomunikasi dengan roh Hero. Menrut Hero, rohnya akan tenang jika kematiannya terbela.

Pelakon: Salman Khan, Arbaaz Khan, Rani Mukerji

Oh! K- 365: Repeat The Year | 24 Episod | Korea | Siri Lengkap

Apakah yang bakal anda lakukan jika diberi peluang untuk kembali pada masa setahun yang lalu dan memulakan kembali hidup baharu? Ji Hyung-Joo merupakan seorang detektif veteran yang sangat berpengalaman. Dia berpeluang untuk kembali ke masa setahun yang lalu dan berupaya untuk menikmati hidup yang lebih bahagia. Tetapi, dia berasa pelik kerana sering terlibat dengan hal-hal yang misteri.

Begitu juga dengan Shin Ga-Hyun yang merupakan seorang pelukis dan penulis komik web berjudul Hidden Killer. Shin Ga-Hyun merupakan seorang wanita yang sangat teliti dan pentingkan kesempurnaan. Suatu hari, dia terlibat dalam kemalangan dan kemalangan tersebut telah menyebabkan dirinya terjerumus dalam kehidupan yang sangat memeritkan. Shin Ga-Hyun yang turut menerima tawaran untuk kembali ke masa lalu juga melalui kes misteri serupa.

Pelakon: Lee Joon-Hyuk, Nam Ji-Hyun, Kim Ji-Soon

Oh!K – The Game: Towards Zero | 32  Episod | Korea | Siri Lengkap

Tae-Pyeong mempunyai kelebihan yang luar biasa. Apabila dia merenung ke mata orang lain, dia mampu untuk melihat momen-momen kematian individu tersebut. Disebabkan kelebihannya itu, Tae-Pyeong membantu pihak polis dalam menyelesaikan misteri penculikan seorang kanak-kanak perempuan yang dikaitkan dengan pembunuh kejam bergelar Midnight Killer.

Ketika berusaha untuk menyelesaikan misteri penculikan tersebut, dia bertemu dengan Detektif Joon-Young. Bagaimanapun, pertemuan bersama detektif itu menimbul rasa terkejut dalam diri Tae-Pyeong. Buat pertama kali, Tae-Pyeong tidak berupaya untuk melihat momen kematian daripada mata Detektif Joon-Young.

Pelakon: Ok Taec-Yeon, Lee Yeon-Hee, Lim Ju-Hwan

Deceitful Love | 17  Episod | Thailand | Tayangan serentak

Pitcha merupakan seorang wanita berdikari yang disenangi ramai. Berkeperibadian murni, Pitcha juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif di sebuah perusahaan yang besar. Dari segi luaran, kehidupan Pictha kelihatan sangat sempurna.

Namun, jiwa Pitcha sebenarnya merana. Suaminya, Pamom merupakan seorang lelaki hidung belang. Sepanjang bersama dengan Pamom, Pitcha sering mengharapkan suaminya berubah. Namun, pengharapannya sia-sia. Pitcha akhirnya nekad memfailkan perceraian terhadap Pamom. Pitcha kemudiannya bertemu Ramin, peguam yang membantunya sepanjang proses perceraian. Ketika menguruskan kes perceraian Pitcha, Ramin jatuh hati pada wanita itu. Dia juga menyedari bahawa Pitcha merupakan sahabatnya ketika waktu kecil. Meskipun begitu, Ramin tidak mampu untuk meluahkan perasaannya kepada Pitcha kerana Pitcha sudah tersedia terluka dengan kisah hidup bersama suaminya. Adakah cinta mereka akan bertaut?

Pelakon: Pope Thanavat, Bella Ranee Campen, Louis Scott

The Last Promise | 26  Episod | Thailand | Ekspres dari Thailand

Tiada apa yang lebih penting dalam hidup seorang isteri selain menghargai cinta sang suami. Begitulah yang terjadi kepada Ornrapee. Walaupun suaminya meninggal dunia saat dia sedang hamil, namun, Ornrapee tidak tergerak hati untuk bercinta lagi. Malah, dia lebih selesa untuk membesarkan anaknya sebagai seorang ibu tunggal. Walaupun anaknya membesar dengan perasaan benci terhadap ayah sendiri, tetapi Ornrapeee tetap meyanjungi dan menyanyi suaminya. Dia juga yakin, suaminya pasti akan kembali.

Tahun berlalu, keingingan Ornrapee menjadi nyata. Suaminya dilahirkan kembali sebagai seorang pemuda tampan berusia 24 tahun bernama Tichong, yang sebaya dengan anaknya. Ketika mereka bertemu, rasa cinta berputik kembali.

Pelakon: Tor Thanapob, Aff Taksaorn, Popetorn Soonthornyanakij

Untuk maklumat lanjut mengenai terma langganan dan informasi, layari www.dimsum.asia, Facebook rasmi Dimsum Entertainment (@dimsum.ent), Instagram (@dimsum.ent) dan Twitter (@dimsumasia).