1. Path :
  2. Home
  3. /
  4. Raikan persahabatan dengan Friendniversary sepanjang Julai ini di Dimsum Entertainment!

Raikan persahabatan dengan Friendniversary sepanjang Julai ini di Dimsum Entertainment!

July 3, 2020   –   dimsum

Jalinan persahabatan tidak hanya tertumpu pada rakan-rakan dan kenalan semata-mata. Sebaliknya, skop persahabatan itu cukup luas, tidak mengenal status dan bersifat sejagat.

Membawakan tema Friendniversary khas untuk anda, raikan hubungan persahabatan pada bulan ini bersama Dimsum Entertainment menerusi pelbagai drama bersiri menarik, yang menampilkan kisah hubungan persahabatan antara kenalan, rakan sekerja, dan rakan baik yang akhirnya bergelar teman istimewa.

Antara drama bersiri yang kini hangat ditayangkan di platform Dimsum Entertainment termasuklah Prophecy of Love (Thailand), Heroic Journey of Ne Zha (China), Bromance (Taiwan) dan Heaven ~ My Restaurant, My Life ~ (Jepun).

Kisah mereka berdua ini agak unik. Bermula dengan rasa tidak senang antara satu dengan lain, namun kedua mereka serasi untuk bergelar sahabat, dan mungkin akhirnya membibitkan putik percintaan?

Rosita, yang mendapat kebolehan untuk meramal masa depan dengan menyentuh bunga mawar telah menilik seorang pelakon terkenal, Theeruth di hadapan wartawan. Menerusi ramalan tersebut, Rosita mendakwa Theeruth menjalinkan hubungan dengan seorang wanita sehingga wanita tersebut mengandung dan melahirkan anak. Akibat daripada ramalannya berkenaan, reputasi Theeruth sebagai pelakon terjejas dan menyebabkan dia begitu membenci Rosita. Namun, kebencian Theeruth terhadap Rosita hilang sedikit demi sedikit selepas Rosita menerima ancaman bunuh dan untuk mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini, Rosita perlu tinggal bersama Theeruth.

Pelakon: Ice Preechaya Pongthananikorn, James Jirayu Tangsrisuk

Nama dan kisah hidup Ne Zha dalam mitos rakyat Cina bukanlah satu hal yang asing. Malah, sejak dahulu lagi, kisah epik ini juga sering diceritakan dan diadaptasi menerusi platform berbeza.

Drama Heroic Journey of Ne Zha mengangkat kisah anak lelaki kepada Jeneral King Li Jing iaitu Ne Zha dan kawan baiknya, Puteri Lautan Timur, Xiao Long Nu yang cuba untuk menumpaskan syaitan.

Walaupun bermula sebagai seteru dan tidak menggemari kehadiran satu dengan yang lain, namun, Ne Zha dan Xiao Long Nu terbuka untuk bekerjasama demi menyelamatkan bumi daripada anasir jahat.

Pelakon:Jiang Yi Yi, Wu Jia Yi, Dai Chao, Nicole Zhu Sheng Yi

  • Bromance (dengan sari kata Bahasa Inggeris) | Siri Lengkap | 30 Episod

Ketika Pi Ya Nuo dilahirkan, tukang tilik meramalkan Pi Ya Nuo yang disangka bayi lelaki bakal membesar sebagai pemimpin yang sukses dan berkaliber. Namun, apabila mengetahui jantina sebenar Pi Ya Nuo adalah perempuan, tukang tilik tersebut terus berubah angin. Tukang tilik berkenaan berkata, Pi Ya Nuo tidak mampu untuk meneruskan kehidupan melainkan dia hidup sebagai seorang lelaki untuk 25 tahun pertama.

Ketika meniti alam dewasa, Pi Ya Nuo bertemu Du Zi Feng secara tidak sengaja dan dia mula bersahabat dengan lelaki itu. Namun, persahabatan yang terjalin membuatkan Pi Ya Nuo mula jatuh hati pada Du Zi Feng, dalam keadaan dirinya yang masih berperwatakan lelaki! Justeru, apabila hari lahirnya yang ke-26 tiba, Pi Ya Nuo berharap dapat mendedahkan identitinya yang sebenar dan hidup seperti wanita normal yang lain.

Pelakon: Baron Chen, Megan Lai, Bii, Sean Lee

Loin d’ici merupakan sebuah restoran Perancis yang terletak di kawasan perkuburan. Restoran ini dimiliki oleh Kurosu Kanako, seorang wanita eksentrik yang gemar menikmati makanan dan minuman mengikut isi hatinya. Menariknya, pekerja-pekerja yang diupah di restoran kendalian Kurosu Kanako, tidak mempunyai kepakaran dalam bidang kulinari Perancis. Kan Iga, anak kepada pemilik sebuah kedai makan yang tidak mesra, Taichi Kawai, seorang lelaki yang pernah bercita-cita mahu bergelar penggaya rambut, Keitaro Tsutsumi, bekas pengurus di sebuah restoran nasi daging selama lima tahun dan Yukio Ozawa, seorang cef. Setiap pekerja yang diupah dilihat tidak layak untuk mengendalikan sebuah restoran Perancis. Namun, Kurosu mempunyai sebab yang tersendiri mengupah setiap daripada pekerja pilihannya.

Pelakon: Satomi Ishihara, Sota Fukushi, Masanobu Katsumura, Ittoku Kishibe

Persahabatan antara kaum keluarga juga merupakan perkara yang selalu terlepas pandang. Menerusi drama One Year, penonton dapat menyaksikan pelbagai karenah yang ditampilkan oleh dua buah keluarga yang terpaksa tinggal di bawah satu bumbung.

Selain itu, bagi penggemar drama-drama dari Taiwan, jangan lepaskan peluang menyaksikan siri lengkap bagi drama-drama seperti Back to 1989, The Womanizer dan Let’s Go Crazy on LIVE! menerusi SETTV di Dimsum Entertainment.

Untuk maklumat lanjut mengenai terma langganan dan informasi, layari www.dimsum.asia, Facebook rasmi Dimsum Entertainment (@dimsum.ent), Instagram (@dimsum.ent) dan Twitter (@dimsumasia).