1. Home
  2. Business
  3. Entertainment
  1. Language filter :
  2. Show all
  3. English
  4. Chinese
  5. Bahasa Malaysia
August 3, 2020

Bad Genius The Series gegarkan Dimsum Entertainment sepanjang bulan ini!

Masihkah anda ingat tentang naskhah filem bergenre suspen dari Thailand, Bad Genius yang pernah menarik perhatian penggemar filem dunia sekitar 2017? Selain jalan cerita yang berjaya memukau penonton, filem yang diinspirasikan daripada kisah besar tersebut turut menerima pengiktirafan menerusi beberapa majlis anugerah.

July 3, 2020

Raikan persahabatan dengan Friendniversary sepanjang Julai ini di Dimsum Entertainment!

Membawakan tema Friendniversary khas untuk anda, raikan hubungan persahabatan pada bulan ini bersama Dimsum Entertainment menerusi pelbagai drama bersiri menarik, yang menampilkan kisah hubungan persahabatan antara kenalan, rakan sekerja, dan rakan baik yang akhirnya bergelar teman istimewa!

June 2, 2020

Seleksi menarik sepanjang Jun di Dimsum Entertainment!

Meneruskan usaha untuk menyajikan seleksi hiburan terbaik Asia, Dimsum Entertainment mempersembahkan kandungan-kandungan popular dan dinantikan ramai dari Thailand, China dan Taiwan sepanjang bulan Jun ini.

May 19, 2020

dimsum entertainment berkolaborasi dengan HUAWEI Video bagi penawaran kandungan hiburan Asia terbaik

Penyedia perkhidmatan penstriman video berdasarkan permintaan dimsum entertainment, yang juga sebahagian daripada Star Media Group menjalinkan kerjasama dengan syarikat pembangun teknologi mega, Huawei, bagi mempersembahkan hiburan terbaik dari Asia menerusi aplikasi video terbaharunya, HUAWEI Video.

May 6, 2020

Variasi hiburan dari Korea, Jepun dan Thailand! Ada dimsum entertainment, #BarulahRaya

Ramadan datang lagi. Namun, berbeza dengan Ramadan sebelum ini, bulan puasa disambut dalam keadaan yang sederhana, bertepatan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan oleh kerajaan bagi membendung penularan wabak COVID-19.

Sungguhpun begitu, ia tidak bermakna kedatangan bulan Ramadan dan Syawal dilalui dengan suasana muram. Bertepatan dengan slogan ‘Ada dimsum entertainment, #BarulahRaya’, kami membawakan variasi hiburan menarik, khusus untuk tontonan anda!

April 8, 2020

Siapa #ThaiFren anda?

Meraikan bulan April dengan #ThaiFren, atau dalam bahasa mudah
‘teman lelaki Thai’, dimsum entertainment membawakan pelbagai kandungan menarik yang menampilkan buah hati pujaan anda! Siapa ‘teman lelaki Thai’ pilihan anda? Di dimsum entertainment, kami membariskan idola-idola kegemaran ramai iaitu Pong Nawat Kulrattanarak, Jaylerr, dan Sunny Suwanmethanont untuk menemani anda selama sebulan. Bersiap sedia untuk membiarkan jantung berdegup kencang menerusi pelbagai siri terbaharu seperti naskhah cinta hebat Shadow of Love dan drama bikin semula In Time With You.

March 12, 2020

dimsum entertainment dan SayPBS lancarkan kandungan berbentuk ilmiah

dimsum entertainment hari ini mengumumkan kolaborasi antara SayPBS, platform e-pembelajaran yang menawarkan kandungan pendidikan . Boleh distrim bermula hari ini, kerjasama ini dilihat dapat memberikan nafas baharu terhadap cara pembelajaran para pelajar, khususnya menerusi cara yang lebih moden dan interaktif.

March 6, 2020

Seleksi terbaik sempena Hari Wanita Sedunia di dimsum entertainment

Sempena Hari Wanita Sedunia yang disambut pada Mac, dimsum entertainment bulan ini membawakan seleksi drama-drama menarik untuk tontonan seisi keluarga. Menerusi tanda pagar sambutan Hari Wanita Sedunia tahun ini iaitu #EachForEqual, dimsum entertainment komited untuk menyajikan variasi hiburan yang bukan sahaja bersifat santai, tetapi turut memberi aspirasi kepada golongan wanita.

February 28, 2020

dimsum entertainment kini boleh disaksikan menerusi meWATCH

dimsum entertainment hari ini memeterai perjanjian bersama
Mediacorp bagi membawakan seleksi drama terbaik dari Thailand menerusi meWATCH, platform penstriman video milik syarikat media gergasi dari Singapura itu.

December 5, 2019

dimsum entertainment Memperkenalkan Ciri e-Dagang Watch & Shop Pada Pelantar Aplikasi Telefon Pintar

Penyedia kandungan video-on-demand (VOD) dimsum memperkenalkan ciri e-dagang terbaharu, dimsum Watch & Shop untuk pelanggan di Malaysia. Berkolaborasi dengan platform e-dagang nombor satu Malaysia, Shopee, pengenalan ini sekaligus menjadikan dimsum sebagai penyedia VOD tempatan pertama yang menyediakan ciri tersebut pada pelantar aplikasi telefon pintar.

November 25, 2019

dimsum menyajikan seleksi drama Thai terbaik sepanjang November 2019

Gelombang demam Thai Pop diteruskan lagi di dimsum sepanjang November ini menerusi siri-siri terbaik daripada Thailand. Antara drama yang pasti menambat hati penonton termasuklah Man of Vengeance 2019 dan Project S the Series yang diterajui oleh Tor Thanapob Lee, Boy for Rent (Lee Thanat), Aruna 2019 (Bee Namthip) dan Waves of Life (Mark Prin). Kesemua siri didatangkan dengan sari kata bahasa Inggeris, Cina dan Melayu.

November 4, 2019

dimsum dan Persatuan Hotel Budget Malaysia (MyBHA) perkenal kandungan penstriman untuk hotel di Malaysia

dimsum telah menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) dengan Persatuan Hotel Budget Malaysia (MyBHA) baru-baru ini, bagi penawaran kandungan penstriman untuk pelanggan hotel yang menginap di hotel-hotel yang berdaftar di bawah MyBHA di seluruh Malaysia.

October 30, 2019

dimsum Mengumumkan Pemenang Pertandingan Video Pendek #1MinuteChallenge

Perkhidmatan video atas permintaan, dimsum baru-baru ini melancarkan pertandingan video pendek, #1MinuteChallenge bersempena dengan kempen penjenamaan tahunan dimsum. Para pemenang bagi pertandingan tersebut diumumkan hari ini.

October 30, 2019

dimsum menjalinkan kolaborasi bersama Visa bagi penawaran pakej

dimsum hari ini mengumumkan kolaborasi bersama Visa, teknologi pembayaran terunggul dunia dengan menawarkan potongan sehingga 30 peratus bagi pengguna Kad Kredit Visa dan Kad Debit untuk melanggan kandungan menerusi platform dimsum.

October 15, 2019

dimsum Melancarkan Cabaran Tarian Buat Julung kali di TikTok rebut peluang memenangi tiket VIP ke dimsum THAI POP 2019

dimsum, salah satu perkhidmatan langganan video atas permintaan (VOD) terkemuka di Malaysia telah bekerjasama dengan TikTok, destinasi utama untuk video mudah alih pendek, mengumumkan cabaran tanda pagar pertama, #dimsumThaiPop2019. Cabaran sulung ini adalah bersempena kedatangan acara sambutan ulang tahun ketiga dimsum iaitu dimsum THAI POP 2019 yang dijadualkan berlangsung pada 10 November.

Untuk menyertai cabaran ini, pengguna aplikasi TikTok boleh merakam dan memuat naik video aksi tarian mereka menggunakan lagu tersebut dengan menyertakan tanda pagar #dimsumThaiPop2019 dan #MyAmbulance. Cabaran ini akan berlangsung pada 12 sehingga 19 Oktober 2019 dan dua peserta dengan video paling menarik bakal memenangi tiket VIP ke dimsum THAI POP 2019.

September 12, 2019

Konsert dimsum THAI POP 2019 Pertama di Malaysia Sembilan artis diketuai oleh Sunny Suwanmethanont dan Tor Thanapob

Bersempena sambutan ulang tahun ketiga pada bulan November yang akan datang, dimsum dengan bangganya membawakan konsert Thai pertama, dimsum THAI POP 2019 yang bakal dilangsungkan pada 10 November, 2019 di IDEAL Convention Centre, Shah Alam. Barisan artis jemputan untuk konsert ini terdiri daripada 9 orang, iaitu Sunny Suwanmethanont, Tor Thanapob Leeratanakachorn, Jaylerr Kritssanapoom Pibulsonggram, Captain Chonlathorn Kongyingyong dan Ice Paris Intarakomalyasut dari kumpulan 9BY9.

September 12, 2019

Sunny Suwanmethanont dan Mai Davika digandingkan semula dalam drama MY AMBULANCE Tayangan perdana “The Sand Princess” lakonan Baifern dan “Endless Love” lakonan Lee Thanat di dimsum

Adakah ia hanya tentang menyelamatkan nyawa di dalam wad kecemasan? Sunny Suwanmetanot dan Mai Davika menonjolkan detik-detik romantik, kelakar dan penuh emosi pengamal perubatan dalam drama terbaharu mereka, My Ambulance. Digandingkan sekali lagi selepas Heart Attack, Sunny dan Mai berlakon sebagai pasangan kekasih dalam drama ini. Hubungan percintaan mereka tergugat apabila ada orang lain muncul dalam hidup mereka.

July 22, 2019

Terkini di dimsum: Berita Sensasi dan Hiburan Terpilih Asia

Rangkaian internet menawarkan pelbagai saluran yang menyiarkan berita tergempar, isu semasa tempatan, serta laporan mendalam di dalam dan luar Asia. Namun, bagi peminat berita, bukan mudah untuk mendapatkan semuanya secara percuma dalam satu platform. Jadi di dimsum, kami telah menghimpunkan pilihan saluran terbaik di Asia yang dapat ditonton tanpa bayaran mengikut minat anda, sama ada berita, hiburan, atau gaya hidup.

July 3, 2019

Maybank menawarkan hiburan Asia tanpa had dengan dimsum Dapatkan diskaun sehingga 25% untuk setiap langganan!

dimsum mengumumkan kerjasama dengan Maybank, bank terbesar di Malaysia, dengan memberikan pengguna tawaran promosi untuk menikmati tontonan tanpa had bagi rancangan-rancangan dan siri-siri terkini dari Asia!