1. Path :
  2. Home
  3. /
  4. Pope dan Bella kembali bersatu menerusi Deceitful Love!

Pope dan Bella kembali bersatu menerusi Deceitful Love!

October 6, 2020   –   dimsum

Masihkah anda ingat pada pasangan layar kaca, Pitcha dan Ramin lakonan Pope dan Bella yang pernah popular sekitar 2018 menerusi drama Love Destiny? Sempena dengan sambutan ulang tahun keempat Dimsum Entertainment yang akan disambut pada bulan depan, ubati kerinduan anda terhadap dua belahan jiwa ini dengan drama terbaharu mereka, Deceitful Love.

Ditayangkan bermula 6 Oktober dengan episod baharu setiap Selasa dan Rabu, drama bersiri 17 episod ini berkisar tentang kisah cinta yang berputik antara dua individu iaitu Pitcha dan Ramin. Begitupun, kisah cinta mereka tidak berjalan seperti pasangan kekasih yang lain memandangkan masing-masing jatuh cinta pada waktu yang salah.

Selain drama bergenre komedi romantik ini, Dimsum Entertainment turut membawakan The Last Promise, yang menampilkan Tor Thanapob dan Aff Taksaorn selaku teraju utama. Menampilkan plot yang sedikit berbeza berbanding drama-drama lain, The Last Promise pasti menjadi pilihan untuk mereka yang gemarkan drama bergenre cinta berat.

Khas untuk penggemar anime, Dimsum Entertainment menghidangkan dua judul animasi terbaharu iaitu Higurashi: When They Cry dan Haikyu!! TO THE TOP S04 (Part 2).

Sementara itu, bagi memeriahkan kedatangan bulan Oktober yang sinonim dengan sambutan Halloween, Dimsum Entertainment mengumpulkan beberapa kandungan ‘seram’ menarik khusus untuk anda. Menerusi tanda pagar #SeramTak, rasai debaran dengan menonton filem-filem seperti Kumanthong dan Pengabdi Setan. Dalam masa yang sama, penonton juga boleh menikmati drama-drama menarik, antaranya Happy Birthday, House of Spirits dan Love Destiny.

Deceitful Love | 17 Episod | Thailand | Tayangan serentak

Pitcha merupakan seorang wanita berdikari yang disenangi ramai. Berkeperibadian murni, Pitcha juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif di sebuah perusahaan yang besar. Dari segi luaran, kehidupan Pictha kelihatan sangat sempurna.

Namun, jiwa Pitcha sebenarnya merana. Suaminya, Pamom merupakan seorang lelaki hidung belang. Sepanjang bersama dengan Pamom, Pitcha sering mengharapkan suaminya berubah. Namun, pengharapannya sia-sia. Pitcha akhirnya nekad memfailkan perceraian terhadap Pamom. Pitcha kemudiannya bertemu Ramin, peguam yang membantunya sepanjang proses perceraian. Ketika menguruskan kes perceraian Pitcha, Ramin jatuh hati pada wanita itu. Dia juga menyedari bahawa Pitcha merupakan sahabatnya ketika waktu kecil. Meskipun begitu, Ramin tidak mampu untuk meluahkan perasaannya kepada Pitcha kerana Pitcha sudah tersedia terluka dengan kisah hidup bersama suaminya. Adakah cinta mereka akan bertaut?

Pelakon: Pope Thanavat, Bella Ranee Campen, Louis Scott

The Last Promise | 28 Episod | Thailand | Ekspres dari Thailand

Tiada apa yang lebih penting dalam hidup seorang isteri selain menghargai cinta sang suami. Begitulah yang terjadi kepada Ornrapee. Walaupun suaminya meninggal dunia saat dia sedang hamil, namun, Ornrapee tidak tergerak hati untuk bercinta lagi. Malah, dia lebih selesa untuk membesarkan anaknya sebagai seorang ibu tunggal. Walaupun anaknya membesar dengan perasaan benci terhadap ayah sendiri, tetapi Ornrapeee tetap meyanjungi dan menyanyi suaminya. Dia juga yakin, suaminya pasti akan kembali.

Tahun berlalu, keingingan Ornrapee menjadi nyata. Suaminya dilahirkan kembali sebagai seorang pemuda tampan berusia 24 tahun bernama Tichong, yang sebaya dengan anaknya. Ketika mereka bertemu, rasa cinta berputik kembali.

Pelakon: Tor Thanapob, Aff Taksaorn, Popetorn Soonthornyanakij

Haikyu!! TO THE TOP S04 (Part 2) | 12 Episod | Anime | Tayangan serentak

Selepas mengharungi pertandingan kelayakan Wilayah Miyagi, pasukan bola tampar Sekolah Tinggi Karasuno berjaya melayakkan diri ke perlawanan peringkat kebangsaan. Ketika mereka sedang giat menjalani latihan, Kageyama telah terpilih untuk menghadiri Kem Latihan Remaja. Sementara itu, Tsukiyama pula dipilih untuk menghadiri Kem Latihan Pemain Baharu Wilayah Miyagi. Risau akan dirinya ketinggalan, Hinata merancang sesuatu untuk dirinya.

Pelakon suara: Ayumu Murase, Kaito Ishikawa, Nobuhiko Okamoto, Koki Uchiyama

Higurashi: When They Cry | 24 Episod | Anime | Tayangan serentak

Jika anda menyukai anime yang penuh debaran, Higurashi: When They Cry mungkin judul yang boleh memenuhi selera anda. Anime 24 episod ini berkisar tentang seorang kanak-kanak lelaki bernama Maebara Keiichi yang baru sahaja berpindah ke kediaman baharu di sebuah perkampungan bernama Kampung Hinamizawa.

Diterima dengan mudah dalam kalangan pelajar perempuan di sekolah baharunya, kehadiran Maebara di Kampung Hinamizawa bertepatan dengan penganjuran sebuah festival yang besar di kampung tersebut.

Namun, ada sesuatu tentang Hinamizawa yang pelik tentang perkampungan tersebut dan perasaan tersebut berlarutan dalam diri Keiichi. Yakin bahawa intuisinya betul, apakah rahsia hitam yang tersirat di sebalik perkampungan itu?

Pelakon suara: Satsuki Yukino, Yukari Tamura, Mai Nakahara

Untuk maklumat lanjut mengenai terma langganan dan informasi, layari www.dimsum.asia, Facebook rasmi Dimsum Entertainment (@dimsum.ent), Instagram (@dimsum.ent) dan Twitter (@dimsumasia).