1. Path :
  2. Home
  3. /
  4. Maybank menawarkan hiburan Asia tanpa had dengan dimsum Dapatkan diskaun sehingga 25% untuk setiap langganan!

Maybank menawarkan hiburan Asia tanpa had dengan dimsum Dapatkan diskaun sehingga 25% untuk setiap langganan!

July 3, 2019   –   dimsum

dimsum mengumumkan kerjasama dengan Maybank,bank terbesar di Malaysia, dengan memberikan pengguna tawaran promosi untuk menikmati tontonan tanpa had bagi rancangan-rancangan dan siri-siri terkini dari Asia.

Mulai hari ini sehingga 31 Ogos, pengguna dapat menikmati diskaun sehingga 25% untuk langganan dimsum apabila mereka memilih untuk membuat bayaran menggunakan Maybank/Maybank Islamic Mastercard, Visa dan Kad American Express atau Kad Debit:

DISKAUN 20% untuk langganan bulanan dimsum dengan HANYA RM11/bulan (harga biasa RM13.90/bulan) menggunakan kod promosi GET20MBB; atau

DISKAUN 25% ** untuk langganan tahunan dimsum, HANYA RM123/tahun (harga biasa RM165/tahun) menggunakan kod promosi GET25MBB

Selain itu, semua pelanggan baharu dimsum dapat menikmati tempoh percubaan percuma selama 2 bulan.

Untuk menikmati tawaran tersebut, pengguna dikehendaki mendaftar melalui laman sesawang www.dimsum.asia. Selepas mendaftar, pengguna boleh memasukan kod promosi dan memilih pelan yang digemari. Langganan berjaya selepas pengguna memasukkan dan mengesahkan maklumat kad Maybank mereka.

Ketua Pegawai Pemasaran dimsum, Lam Swee Kim, berkata: “Kami amat berbesar hati dapat bekerjasama dengan Maybank, salah satu kumpulan perkhidmatan kewangan terbesar dan institusi kewangan terkemuka di Asia Tenggara, terutamanya dengan saiz pangkalan pelanggan yang besar. Melalui tawaran ini, kami percaya khidmat pembayaran ini dapat memberikan manfaat kepada pelanggan dimsum dan Maybank.”

“Kami berasa bangga untuk bekerjasama dengan dimsum dan menawarkan pemegang kad Maybank peluang eksklusif untuk menonton rancangan siar serentak terkini dari China dan Thailand dengan penjimatan sebanyak 25%. Maybank akan terus menawarkan tawaran-tawaran menarik kepada pemegang kad kami, bukan sahaja dari segmen runcit dan restoran, tetapi juga dalam segmen hiburan,” kata B. Ravintharan, Ketua Bahagian Kad, Perkhidmatan Kewangan Komuniti Kumpulan Maybank.

Pada bulan Julai ini, dimsum akan menayangkan drama-drama siar serentak yang baharu dari China, termasuk drama terbaru The Longest Day in Chang’an dan Princess Silver, serta drama-drama percintaan dari Thailand, iaitu Thong Ek: The Herbal Master dan Fleet of Time.

Untuk maklumat lanjut tentang promosi ini, sila layari www.dimsum.asia/maybank. Kini, dimsum boleh diakses di Malaysia, Brunei, dan Singapura menerusi laman sesawang, telefon bimbit dan aplikasi-aplikasi televisyen. Muat turun aplikasi dimsum sekarang melalui App Store atau Google Play Store. Untuk maklumat lanjut, layari dimsum.asia, laman Facebook rasmi dimsum (@dimsum.asia) atau Instagram (@dimsumasia).