Ketahui Tentang dimsum entertainment

Q : Apakah dimsum entertainment?

dimsum entertainment adalah perkhidmatan penstriman video di Malaysia, Brunei dan SIngapura. dimsum entertainment menyediakan kandungan terbaik Asia termasuk drama, animasi, pembelajaran dan hiburan kanak-kanak, filem, berita dan gaya hidup, serta Pendidikan dan ciri membeli-belah atas talian. Saksikan drama terbaharu, drama siaran serentak dan kandungan e-pembelajaran yang boleh distrim menerusi pelbagai peranti dengan yuran langganan berpatutan, atau strim kandungan katalog kami secara percuma.

Q : Di mana dimsum entertainment boleh didapati?

Sebaik sahaja anda melanggan dimsum entertainment, anda boleh layari tanpa mengira masa dan tempat di Malaysia, Brunei dan Singapura dengan menggunakan telefon pintar, komputer, tablet, komputer riba atau televisyen.

Q : Apakah kandungan yang tersedia?

Kami menyajikan pelbagai kandungan dari seluruh Asia, termasuk dari negara China, Taiwan, Hong Kong, Thailand, Singapura, Malaysia, Korea dan Jepun. Terdapat juga kandungan daripada platform rakan kongsi berjenama lain.

Selepas mendaftar dengan dimsum entertainment, kebanyakan kandungan dalam katalog kami boleh diakses secara percuma. Anda juga boleh memilih untuk mendaftar secara VIP bagi menyaksikan kandungan premium.

dimsum entertainment juga melancarkan bahagian pendidikan yang menawarkan kandungan e-pembelajaran bagi pra-sekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah.

Q : Apa yang saya perlukan untuk menikmati dimsum entertainment?

Anda boleh strim pelbagai kandungan hiburan sebaik sahaja anda mendaftar dengan dimsum entertainment. Selain itu, anda turut boleh melanggan kandungan premium dan juga kandungan e-pembelajaran.

Q : Saya telah mendaftar, tetapi kenapa saya masih tidak dapat menikmati dimsum entertainment?

Mungkin kerana anda:
– Tidak mempunyai sambungan internet, atau sambungan internet terhad
– Anda berada di luar Malaysia, Brunei dan Singapura
– Sesetengah kandungan premium hanya boleh diakses jika anda melanggan pakej VIP

Jika anda merupakan pelanggan VIP
– Bayaran anda tidak berjaya, sila kemas kini maklumat pembayaran anda
– Langganan anda mungkin telah tamat tempoh, sila kemas kini

Q : Mengapa saya tidak boleh mencari tajuk tertentu di dimsum entertainment lagi?

dimsum entertainment memperoleh kandungan secara sah untuk semua kandungan dalam tempoh tertentu. Jika kandungan yang dicari tidak muncul, ia bermakna kandungan tersebut telah tamat tempoh.

Dapatkan informasi mengenai kandungan yang bakal meninggalkan platform dimsum entertainment secara bulanan menerusi ruangan media di laman web atau ikuti kami di Facebook dan Instagram (@dimsum.ent).

Q : Bagaimana saya boleh mencari tajuk yang akan tamat tempoh?

Anda boleh melihat kandungan yang bakal meninggalkan dimsum entertainment dalam tempoh 60 hari menerusi:
– “Akan meninggalkan dimsum entertainment” di aplikasi atau halaman utama
– Poster tajuk bertanda “Akan tamat”
– Ruangan media (https://media.dimsum.my/)
– Facebook dan Instagram dimsum entertainment (@dimsum.ent)

Q : Apakah ruangan Pendidikan dimsum entertainment?

Pendidikan dimsum merupakan seksyen e-pembelajaran khusus untuk para pelajar pelbagai usia, bermula daripada pra-persekolahan hingga sekolah menengah.

Q : Apakah kandungan yang boleh didapati menerusi Pendidikan dimsum entertainment?

Antara subjek yang terdapat dalam Pendidkan dimsum termasuklah mengenal perkataan, nombor dan ucapan bagi pelajar pra-sekolah; Matematik, Mandarin, Sains, English dan Bahasa Melayu bagi pelajar sekolah rendah; dan juga English for Science and Technology, Pengurusan Perniagaan, Matematik Tambahan, Biologi, Kimia, dan Fizik untuk pelajar sekolah menengah.

Q : Bagaimanakah saya boleh mula menonton Pendidikan dimsum entertainment?

Bagi mendapatkan akses Pendidikan, anda boleh melanggan bersama pakej Hiburan sebagai bundel atau tambahan ala carte.

Q : Adakah saya boleh menikmati tempoh percubaan percuma untuk Pendidikan dimsum entertainment?

Tidak boleh. Percubaan percuma hanya tersedia untuk pengguna VIP baharu yang mendaftar menerusi telco pilihan (Celcom, Digi, Maxis, UMobile) atau Unifi bagi pakej Hiburan.

Q : Saya merupakan pengguna dimsum entertainment sedia ada. Mengapakah saya tidak boleh menonton video pendidikan?

Pendidikan merupakan kandungan berlainan yang ditawarkan menerusi langganan dimsum entertainment. Untuk menonton video, anda perlu memilih pakej yang dingini, bermula daripada RM10 sebulan.

Q : Apakah itu dimsum branded video-on-demand (BVOD) atau video-atas-permintaan dengan jenama?

Bagi mengembangkan kandungan kami di dimsum entertainment, kami sentiasa bekerjasama dengan rakan serantau seperti Oh! K, Ani-One dan Miao Mi. Menerusi BVOD di platform kami, anda boleh mencari kandungan bersiri dan hiburan dalam satu ruang khusus.

Q : Saya tidak melanggan pakej VIP. Kandungan apakah yang boleh saya strim secara percuma?

Kandungan percuma adalah rancangan dan video yang boleh diakses tanpa perlu melanggan. Selain kandungan premium yang termasuk siri siaran serentak dan rancangan daripada segmen berjenama, kebanyakan kandungan lain boleh distrim percuma.

Q : Adakah bahagian Pendidikan termsuk dalam kandungan percuma?

Tidak. Sebahagian video tutorial tersedia secara percuma, tetapi kandungan Pendidikan tersedia dengan yuran langganan. Ia bukan kandungan percuma, tetapi anda boleh melanggan secara berasingan, bundel bersama pakej hiburan atau tambahkan sahaja pada pakej sedia ada untuk mendapatkan akses kesemua kandungan.

Q : Bagaimanakah jika saya mahu menaik taraf ke pakej VIP di dimsum entertainment?

Anda boleh memilih kaedah pembayaran pilihan anda menggunakan kad kredit, kad debit, iTunes, perbankan atas talian ketika atau selepas pendaftaran. Anda boleh mengubah atau membatalkan cara pembayaran pada bila-bila masa menerusi bahagian “Akaun Saya” atau di iTunes jika anda mendaftar menerusi Apple.

Secara alternatif, anda boleh mendaftar menerusi penyedia perkhidmatan telefon selular (Maxis, Celcom, Digi, UMobile) atau Unifi untuk pembayaran dengan bil yang mudah.

Q : Apakah itu tambahan (add-on)?

Tambahan (add-on) menawarkan langganan secara ala carte yang membolehkan anda membeli dengan atau tanpa langganan aktif di dimsum entertainment. Anda boleh membayar dengan menggunakan kad kredit, kad debit, perbankan dalam talian, menerusi bil syarikat telekomunikasi dan iTunes.

Buat masa ini, hanya ada satu sahaja tambahan (add-on) di dimsum iaitu seksyen pendidikan.

Pengebilan Berkaitan

Q : Bagaimana pembayaran boleh dilakukan?
  1. Kad kredit / Kad debit: Ini merupakan pembayaran berulang dan anda akan dikenakan bayaran secara langsung. Anda boleh membatalkan langganan menerusi “Akaun Saya” 3 hari sebelum tarikh pembayaran bermula. Tiada bayaran semula akan diberi terhadap kelewatan pembatalan atau hari yang berbaki selepas pembatalan dilakukan.
  2. Perbankan atas talian:Bayaran akan dikenakan sebaik sahaja anda mendaftar. Tiada bayaran semula atau pembatalan. Anda perlu memperbaharui langganan setiap bulan.
  3. Bil telco/TM: Merupakan cara bayaran berulang, anda boleh membatalkan langganan menerusi “Akaun Saya” 3 hari sebelum tamat tempoh langganan semasa untuk menghentikan bayaran berulang.
  4. iTunes: Yuran langganan sebanyak MYR8.90 (VIP) atau MYR14.90 (VIP Family) sebulan termasuk cukai akan dicaj pada Akaun iTunes anda setelah pengesahan langganan. Langganan anda akan diperbaharui secara automatik setiap bulan kecuali Pembaharuan Automatik dimatikan melalui akaun iTunes anda sekurang-kurangnya 3 hari sebelum tamat tempoh langganan semasa.
Q : Bagaimana saya boleh semak sejarah pembayaran?

Anda boleh periksa tarikh bil akan datang atau sejarah pembayaran daripada bahagian “Akaun Saya”.

Q : Bagaimana untuk batalkan langganan?

Pengguna Android dan Web:
Pergi ke Akaun Saya > Uruskan Pelan > Batalkan Langganan > Sahkan untuk lengkapkan pembatalan

Pengguna Telco & TM Billing:
Pergi ke Akaun Saya > Uruskan Pelan > Batalkan Langganan > Sahkan untuk lengkapkan pembatalan

Pengguna iTunes: Pergi ke Akaun Saya > Uruskan Pelan > Uruskan Langganan > Pergi ke iTunes > Tetapan > iTunes & App Store > Sentuh Apple ID anda pada bahagian atas skrin > Lihat Apple ID > Langganan > Batal

Pelanggan Digi EasyAdd: Log masuk ke akaun EasyAdd > Pergi ke Langganan Saya > Langganan Anda > Pilih dimsum entertainment daripada senarai langganan semasa anda > Klik Batal Langganan. Dapatkan lebih informasi di www.easyadd.my/product/dimsum

Q : Adakah terdapat sebarang caj tersembunyi?

Harga langganan pakej Hiburan dan Pendidikan tertakluk pada Cukai Perkhidmatan 6%

Q : Adakah bayaran langganan saya akan dikembalikan?

Tiada bayaran dikembalikan untuk langganan yang aktif. Bagaimanapun, anda masih boleh membatalkan langganan menerusii Akaun Saya di aplikasi dimsum entertainment atau iTunes, 3 hari sebelum langganan diperbaharui. Anda masih boleh akses dimsum entertainment sehingga tamat tempoh langganan semasa.

Q : Apakah cara pembayaran yang ada?

Anda boleh melanggan menggunakan kad kredit, kad debit atau menerusi perbankan dalam talian. Anda boleh mengubah atau membatalkan bayaran tersebut pada bila-bila masa menerusi seksyen “Akaun Saya” pada profil dimsum entertainment anda.

Q : Bagaimanakah saya tahu langganan saya berjaya?

Anda akan menerima e-mail pengesahan daripada dimsum entertainment sebaik sahaja anda langganan anda berjaya.

Q : Bagaimanakah saya boleh membatalkan langganan?

Bagi langganan menerusi perbankan dalam talian, tiada pembatalan diperlukan kerana tiada cas berulang. Untuk langganan menerusi kad kredit atau kad debit, pergi ke Akaun Saya dan ketik pada butang batal untuk membatalkan bayaran berulang.

Q : Saya membeli dimsum menerusi Lazada/ Senheng/ Grab. Adakah saya boleh menonton Pendidikan dimsum entertainment?

Langganan dimsum entertainment menerusi Lazada, Senheng, Grab atau rakan kongsi tidak terikat dengan pakej Pendidikan. Justeru, anda tidak boleh menonton video e-pembelajaran tanpa memilih untuk melanggan pakej berkenaan.

Q : Bagaimanakah bentuk langganan yang pihak dimsum entertainment tawarkan?

Anda boleh memuat turun dan strim dimsum entertainment secara percuma, atau anda juga boleh memilih untuk melanggan salah satu daripada pakej yang disediakan.

Percuma – Strim dengan iklan. Akses terhad untuk satu peranti. Tiada ciri muat turun.
VIP – Strim tanpa iklan video. Akses terhad untuk dua peranti. Tersedia dengan ciri muat turun.
VIP Family – Strim tanpa iklan video. Akses untuk lima peranti. Tersedia dengan ciri muat turun.

Penggunaan

Q : Apakah kelajuan sambungan internet yang diperlukan?

1.5 Megabit sesaat untuk sambungan jalur lebar. Kualiti HD visual memerlukan 5.0 Megabit sesaat.

Q : Apakah keperluan minimum untuk menikmati dimsum entertainment?

-Keperluan minimum untuk menikmati dimsum entertainment adalah :
– peranti Apple: iOS9.3 atau ke atas
– Peranti Android: 4.3 dan ke atas
– PCs: Windows 7 dan ke atas
– Mac: OSX dan ke atas
– Pelayar Sesawang: Chrome 40 +, Firefox 36 +, Safari 7+, Edge dan IE11
– Samsung Smart TV: tahun 2016 ke atas atau version 1.0.3 Samsung Tizen OS ke atas
– Android TV: app dimsum entertainment yang dapat dicari dalam Google Play Store Android TV

Q : Bolehkah saya strim dimsum semasa di luar negara?

Oleh kerana hak cipta dan sekatan IP, dimsum hanya tersedia untuk pengguna di Malaysia dan Brunei. Bagaimanapun, anda boleh muat turun program-program kegemaran dengan menggunakan aplikasi telefon pintar anda dan menonton di luar talian semasa dalam perjalanan.

Q : Adakah dimsum entertainment boleh disokong oleh Android TV?

Ya. Boleh

Q : Kenapakah dimsum entertainment dihalang daripada pelayar internet Firefox sedangkan pelantar tersebut menyokong dimsum entertainment?

Disebabkan tetapan privasi, dimsum entertainment mungkin tidak dapat dilayari secara automatik dengan Firefox. Bagi mengubah tetapan: Pergi ke Pilihan -> Privasi & Keselamatan -> Penyesuaian ->Nyah tandakan kuki web dan penjejak kandungan -> segarkan semula kandungan pelayar

Q : Adakah saya boleh mengakses Pendidikan dimsum entertainment tanpa sambungan internet?

Tidak, ciri untuk memuat turun tidak tersedia untuk kandungan pendidikan.

Q : Adakah saya boleh mengakses Pendidikan dimsum entertainment ketika saya berada di luar negara?

Disebabkan hak cipta dan sekatan IP, pakej Pendidikan dimsum entertainment pada masa ini hanya tersedia untuk pengguna di Malaysia.

Q : Adakah saya dikenakan sebarang had sepanjang menonton seksyen Pendidikan di dimsum entertainment?

Tidak. And boleh menikmati akses tanpa had terhadap sebarang video mengikut pakej Pendidikan langganan anda.

Ciri

Q : Adakah saya boleh menonton dimsum entertainment menerusi kaca televisyen?

Ya, boleh. Anda boleh menonton dimsum menerusi TV Android dan TV PintYa, boleh. Anda boleh menonton dimsum entertainment menerusi TV Android dan TV Pintar Samsung yang terpilih (keluaran 2016 ke atas). Selain itu, anda boleh memancarkan dimsum entertainment daripada peranti pintar dan komputer riba terus ke televisyen menerusi Google Chromecast dan Apple AirPlay. Atau, anda boleh menonton dimsum entertainment menerusi pelayar web di komputer riba dengan sambungan kabel HDMI atau kabel VGA ke televisyen.

Q : Boleh saya akses dimsum entertainment ketika di luar talian?

Boleh. dimsum entertainment mempunyai ciri muat turun. Namun, ia hanya boleh dinikmati oleh pelanggan yang melanggan pakej VIP untuk kandungan Hiburan. Anda boleh muat turun sehingga 10 video melalui aplikasi telefon bimbit dimsum entertainment dan mengakses kandungan tersebut sehingga 14 hari tanpa sambungan internet.

Q : Adakah terdapat had berapa banyak rancangan saya boleh tonton pada dimsum entertainment?

Bagi pelanggan yang melanggan pakej VIP, anda boleh menikmati akses premium bagi menyaksikan kandungan di dimsum entertainment tanpa had sepanjang tempoh langganan. Jika anda tidak melanggan mana-mana pakej, anda masih boleh menikmati kandungan lain yang ada.

Q : Berapa lama saya boleh simpan kandungan yang telah dimuat turun?

Bagi pelanggan yang melanggan pakej VIP, anda boleh menyimpan program yang dimuat turun sehingga 14 hari. Namun,ciri ini tidak tersedia untuk kandungan Pendidikan.

Q : Apakah Kawalan Ibu Bapa?

Kawalan ibu bapa membolehkan anda menguruskan akses untuk kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah untuk menonton rancangan kegemaran mereka di dimsum entertainment.
* Kawalan Ibu Bapa akan memerlukan PIN 4 angka untuk aktifkan.

Q : Berapa banyak peranti dapat dihubungkan pada dimsum entertainment?

Bilangan peranti yang boleh mengakses dimsum entertainment bergantung pada langganan anda. Bagi VIP Family, anda boleh mengakses sehingga 5 peranti secara serentak. Sementara itu, pelanggan VIP pula boleh mengakses dimsum entertainment secara serentak sehingga 2 peranti. Akses perkongsian tidak tersedia untuk pengguna yang tidak melanggan.

Q : Berapa banyak saya boleh muat turun untuk tontonan luar talian pada setiap kali?

Jika akaun anda membenarkan anda untuk muat turun, anda boleh memuat turun sehingga 20 video dalam satu masa.

Q : Kenapa video saya yang telah dimuat turun hilang?

Jangan bimbang, setiap video yang dimuat turun untuk tontonan luar talian tamat selepas 14 hari kerana isu-isu hak cipta. Jika anda belum selesai menonton, anda boleh muat turun sekali lagi pada bila-bila masa.

Q : Bagaimana saya boleh menukar sari kata dan audio semasa menonton?

Untuk menukar sari kata atau audio – Klik pada ikon sari kata atau audio di sudut kanan bahagian atas skrin anda dan beralih ke bahasa pilihan. dimsum entertainment akan ingat tetapan terakhir anda dan secara automatik menetapkan pilihan pada video anda yang seterusnya. Jika filem yang anda pilih tidak menyokong pilihan anda, dimsum entertainment secara automatik akan ditetapkan untuk lalai.

Q : Kenapa saya tidak dapat memilih beberapa sari kata pada sesetengah video?

Kami kini sedang menambah lebih sari kata bagi kandungan kami.

Kod Promosi

Q : Apakah kod promosi dimsum entertainment?

Kami mungkin bekerjasama dengan rakan kongsi kami pada kempen promosi untuk memberikan Kod Promosi, yang boleh anda gunakan untuk menikmati akses atau diskaun istimewa bagi ciri e-dagang menerusi Watch & Shop.

Q : Bagaimana saya boleh menikmati kod promosi pada dimsum entertainment?

Apa yang anda perlu lakukan adalah masukkan Kod Promosi apabila anda mendaftar di dimsum entertainment. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Q : Kenapa saya tidak boleh menikmati kod promosi dimsum entertainment?

Tempoh sah kod promosi mungkin berbeza dari setiap kempen promosi. Kod tidak boleh digunakan bersama-sama dengan diskaun, kupon, promosi dan kod promo. Sila hubungi kami di Facebook atau Instagram (@dimsum.ent) untuk maklumat lanjut.
Bagi pengguna iOS, anda boleh menikmati kod promosi apabila mendaftar melalui laman web (www.dimsum.asia) pada pelayar desktop.

Akaun

Q : Jika terlupa kata laluan, apa yang saya patut lakukan?

Jika terlupa kata laluan, anda boleh klik pada butang “Lupa Kata Laluan” di halaman Utama kami, masukkan alamat e-mel anda dan klik pada “Set Semula Kata Laluan”. Kami akan menghantar pautan yang membolehkan anda menetapkan semula kata laluan untuk e-mel berdaftar anda.

Q : Boleh saya tukar kata laluan?

Ya, anda boleh pergi ke “Akaun Saya” dan klik pada butang Edit Maklumat Akaun untuk menukar kata laluan. Pastikan anda klik Simpan di atas sebaik selesai menyimpan kata laluan.

Q : Boleh saya tukar alamat e-mel?

Maaf, buat masa ini anda tidak boleh menukar alamat e-mel selepas didaftarkan kerana alamat e-mel tersebut akan menjadi ID dimsum entertainment yang unik.

Pakej Lain

Percubaan Percuma