Ketahui Tentang Dimsum Entertainment

Q : Apakah Dimsum Entertainment?

Dimsum Entertainment adalah perkhidmatan penstriman video di Malaysia, Brunei dan Singapura yang menyediakan kandungan Asia tanpa had termasuk drama, animasi, hiburan berbentuk pendidikan bagi kanak-kanak, filem, berita dan kandungan gaya hidup, serta Pendidikan dan ciri e-dagang. Strim drama terbaharu dan drama siar serentak dari negara asal serta kandungan e-pembelajaran menerusi pelbagai peranti dengan yuran langganan berpatutan atau strim kandungan lain yang tersedia secara percuma.

Q : Bagaimana saya boleh mencari tajuk yang akan tamat tempoh?

Anda boleh lihat tajuk yang akan meninggalkan Dimsum Entertainment dalam tempoh 30 hari menerusi beberapa platform ini:
– Reel dengan label “Akan meninggalkan Dimsum Entertainment” di aplikasi atau halaman utama
– Poster bertanda “Akan tamat”
– ruangan media Dimsum Entertainment (https://media.dimsum.my)
– Akaun Instagram dan Facebook Dimsum Entertainment (@dimsum.ent)

Q : Mengapa saya tidak boleh mencari tajuk tertentu di Dimsum Entertainment?

Dimsum Entertainment memperoleh kandungan secara sah untuk semua tajuk dalam tempoh tertentu. Apabila sesuatu tajuk tidak lagi tersedia di Dimsum Entertainment, ia bermakna kandungan berkenaan telah tamat tempoh.

Q : Saya telah mendaftar dan melanggan, tetapi kenapa saya masih tidak dapat menikmati Dimsum Entertainment?

Mungkin kerana anda:
– tiada sambungan internet atau memiliki sambungan internet terhad
– berada di luar Malaysia, Brunei dan Singapura
– sebahagian kandungan VIP hanya boleh distrim oleh pelanggan pakej VIP

Jika anda adalah pelanggan VIP:
– bayaran anda mungkin tidak berjaya, sila rujuk langganan iTunes

Q : Apa yang saya perlukan untuk menikmati Dimsum Entertainment?

Anda boleh mendaftar bagi mendapatkan akaun percuma di Dimsum Entertainment untuk menikmati pelbagai rancangan hiburan atau langgan untuk menyaksikan kandungan premium atau kandungan Pendidikan.

Q : Apakah kandungan yang tersedia di Dimsum Entertainment?

Kami mempunyai kandungan dari seluruh Asia, termasuk China, Taiwan, Hong Kong, Thailand, Singapura, Malaysia, Korea dan Jepun. Anda boleh mengakses kandungan seperti drama, aneka ragam dan hiburan, program kanak-kanak, dokumentari, filem dan berita. Sebahagian kandungan merupakan daripada rakan kongsi berjenama.

Kebanyakan kandungan di Dimsum Entertainment tersedia untuk distim secara percuma apabila anda mendaftar. Anda juga boleh memilih untuk melanggan pakej VIP bagi menikmati kandungan premium.

Dimsum Entertainment juga turut melancarkan seksyen pendidikan, yang menawarkan kandungan e-pembelajaran untuk pra-sekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah.

Q : Di mana Dimsum Entertainment boleh didapati?

Sebaik sahaja anda melanggan Dimsum Entertainment, anda boleh layari tanpa mengira masa dan tempat di Malaysia, Brunei dan Singapura dengan menggunakan telefon iPhone, iPad, Mac dan TV melalui AirPlay.

Q : Apakah ruangan Pendidikan Dimsum Entertaiment?

Pendidikan Dimsum Entertainment merupakan seksyen e-pembelajaran khusus untuk para pelajar pelbagai usia, bermula daripada pra-persekolahan hingga sekolah menengah.

Q : Apakah itu Dimsum Entertainment branded video-on-demand (BVOD) atau video-atas-permintaan dengan jenama?

Untuk terus menambahkan kandungan, Dimsum Entertainment sentiasa bekerjasama dengan rakan serantau seperti Oh! K, Ani-One dan Miao Mi. Menerusi BVOD di platform kami, anda boleh mencari kandungan bersiri dan hiburan pilihan anda dalam satu ruang khusus.

Q : Saya tidak melanggan pakej VIP. Kandungan apakah yang boleh saya strim secara percuma?

Kandungan percuma terdiri daripada rancangan atau video yang boleh anda strim tanpa memerlukan sebarang langganan. Selain daripada kandungan premium yang terdiri daripada siri siar serentak dan kandungan daripada segmen berjenama, kebanyakan daripada kandungan di Dimsum Entertainment boleh distrim secara percuma.

Q : Adakah bahagian Pendidikan termsuk dalam kandungan percuma?

Tidak. Sebahagian video e-tutorial tersedia secara percuma menerusi mode pra-tonton. Tetapi, kandungan Pendidikan hadir menerusi langganan. Ia bukanlah kandungan percuma, tetapi anda boleh melanggan secara berasingan, bundel bersama pakej Hiburan atau tambah kepada pakej sedia ada untuk menikmati semua kandungan.

Q : Apakah kandungan yang boleh didapati menerusi Pendidikan Dimsum Entertainment?

Antara subjek yang terdapat dalam Pendidkan Dimsum termasuklah mengenal perkataan, nombor dan ucapan bagi pelajar pra-sekolah; Matematik, Mandarin, Sains, English dan Bahasa Melayu bagi pelajar sekolah rendah; dan juga English for Science and Technology, Pengurusan Perniagaan, Matematik Tambahan, Biologi, Kimia, dan Fizik untuk pelajar sekolah menengah.

Q : Bagaimanakah saya boleh mula menonton Pendidikan Dimsum Entertainment?

Bagi mendapatkan akses seksyen Pendidikan, anda boleh melanggan bersama pakej Hiburan sebagai bundel atau tambahan ala carte.

Q : Saya merupakan pengguna Dimsum Entertainment sedia ada. Mengapakah saya tidak boleh menonton video pendidikan?

Pendidikan merupakan kandungan berasingan yang ditawarkan menerusi langganan Dimsum Entertainment. Untuk menonton video, anda perlu memilih pakej yang dingini, bermula daripada MYR10.90 sebulan.

Pengebilan Berkaitan

Q : Adakah bayaran langganan saya akan dikembalikan?

Tiada bayaran balik untuk semua langganan aktif. Namun, anda masih boleh membatalkan langganan di iTunes 3 hari sebelum langganan diperbaharui dan terus menikmati Dimsum Entertainment sehingga tamat tempoh bil semasa.

Q : Bagaimana saya boleh semak sejarah pembayaran?

Anda boleh periksa tarikh bil akan datang atau sejarah pembayaran daripada bahagian “Akaun Saya”.

Q : Bagaimana untuk batalkan langganan?

Pergi ke Akaun Saya > Uruskan Pelan > Uruskan Langganan > Pergi ke iTunes > Tetapan > iTunes & App Store > Sentuh pada Apple ID anda di bahagian atas skrin > Lihat Apple ID > Langganan > Batal

Q : Adakah terdapat sebarang caj tersembunyi?

Yuran langganan kami bagi pakej Hiburan dan Pendidikan adalah tertakluk pada 6% cukai perkhidmatan.

Q : Bagaimanakah saya ingin menaik taraf ke pakej VIP Dimsum Entertainment?

Anda boleh berbuat demikian menerusi iTunes. Sebarang pembatalan perlu dilakukan menerusi akaun iTunes anda juga.

Q : Bagaimana pembayaran boleh dilakukan?

Yuran langganan MYR8.90 (VIP) atau MYR14.90 (VIP Family) sebulan termasuk cukai perkhidmatan akan dikenakan kepada Akaun iTunes anda setelah pengesahan pembelian dilakukan. Langganan anda akan diperbaharui secara automatik setiap bulan kecuali ciri Pembaharuan Automatik dimatikan melalui akaun iTunes anda sekurang-kurangnya 3 hari sebelum tamat tempoh semasa.

Q : Bagaimanakah saya boleh mendapatkan bayaran semula bagi langganan saya?

Tiada bayaran balik untuk semua langganan aktif. Namun, anda masih boleh membatalkan langganan di iTunes 3 hari sebelum langganan diperbaharui dan terus menikmati Dimsum Entertainment sehingga tamat tempoh bil semasa.

Q : Apakah itu tambahan (add-on)?

Tambahan (add-on) merupakan tawaran ekstra langganan yang boleh dibeli bersama akaun langganan aktif di Dimsum Entertainment menerusi iTunes.

Buat masa ini, terdapat satu pelan tambahan di Dimsum Entertainment iaitu Pendidikan.

Q : Bagaimanakah saya tahu langganan saya berjaya?

Anda akan menerima e-mel pengesahan daripada Dimsum Entertainment sebaik sahaja anda langganan anda berjaya.

Q : Bagaimana untuk batalkan langganan?

Pergi ke Akaun Saya > Uruskan Pelan > Uruskan Langganan > Pergi ke iTunes > Tetapan > iTunes & App Store > Sentuh pada Apple ID anda di bahagian atas skrin > Lihat Apple ID > Langganan > Batal

Penggunaan

Q : Bolehkah saya tonton Dimsum Entertainment semasa di TV?

Boleh, anda boleh menyaksikan Dimsum Entertainment di TV menerusi Apple AirPlay

Q : Apakah kelajuan sambungan internet yang diperlukan?

1.5 Megabit sesaat untuk sambungan jalur lebar. Kualiti HD visual memerlukan 5.0 Megabit sesaat.

Q : Apakah keperluan minimum untuk menikmati Dimsum Entertainment?

iOS 9.3 atau ke atas

Q : Bolehkah saya tonton Dimsum Entertainment semasa di luar negara?

Oleh kerana hak cipta dan sekatan IP, Dimsum Entertainment buat masa ini hanya tersedia untuk pengguna di Malaysia, Brunei dan Singapura (juga menerusi Starhub Go).
Sila ambil perhatian bahawa sebahagian kandungan di Dimsum Entertainment mungkin berbeza mengikut negara.
Jika anda berada di luar Malaysia, Brunei dan Singapura, anda boleh muat turun video kegemaran anda di aplikasi Dimsum Entertainment dan saksikan secara tanpa talian ketika ketika berada di luar kawasan.

Q : Adakah saya boleh mengakses Pendidikan Dimsum Entertainment tanpa sambungan internet?

Tidak. Ciri muat turun tidak tersedia untuk kandungan pendidikan.

Q : Adakah saya boleh mengakses Pendidikan Dimsum Entertainment ketika saya berada di luar negara?

Disebabkan hak cipta dan sekatan IP, Pendidikan Dimsum Entertainment pada masa ini hanya tersedia untuk pengguna di Malaysia.

Q : Adakah saya dikenakan sebarang had sepanjang menonton seksyen Pendidikan di Dimsum Entertainment?

Tidak. Anda boleh menikmati akses tanpa had terhadap sebarang video mengikut pakej Pendidikan langganan anda.

Ciri

Q : Boleh saya akses Dimsum Entertainment ketika di luar talian?

Ya, ciri muat turun tersedia. Namun, ia hanyalah untuk pelanggan pakej VIP bagi kandungan Hiburan. Anda boleh muat turun 10 rancangan melalui aplikasi Dimsum Entertainment dan mengakses rancangan yang telah dimuat turun sehingga 14 hari tanpa sambungan internet.

Q : Adakah terdapat had berapa banyak rancangan saya boleh tonton pada Dimsum Entertainment?

Bagi pelanggan pakej VIP, anda boleh menikmati akses premium kandungan Dimsum Entertainment tanpa had sepanjang tempoh langganan. Jika anda tidak melanggan sebarang pakej, anda masih boleh menikmati kandungan lain yang tersedia.

Q : Berapa lama saya boleh simpan kandungan yang telah dimuat turun?

Bagi pelanggan pakej VIP, anda boleh simpan video yang dimuat turun sehingga 14 hari. Namun, ciri ini tidak tersedia bagi kandungan Pendidikan.

Q : Apakah Kawalan Ibu Bapa?

Kawalan ibu bapa membolehkan anda menguruskan akses untuk kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah untuk menonton rancangan kegemaran mereka di Dimsum Entertainment.
* Kawalan Ibu Bapa akan memerlukan PIN 4 angka untuk aktifkan.

Q : Berapa banyak peranti dapat dihubungkan pada Dimsum Entertainment?

Jumlah peranti yang boleh dihubungkan dengan Dimsum Entertainment bergantung pada pakej langganan. Bagi pakej VIP Family, anda boleh mengakses Dimsum Entertainment menerusi 5 peranti secara serentak. Sementara itu, bagi pelanggan pakej VIP, anda boleh mengakses Dimsum Entertainment menerusi 2 peranti secara serentak. Akses secara perkongsian tidak tersedia untuk pengguna yang tidak melanggan.

Q : Berapa banyak saya boleh muat turun untuk tontonan luar talian pada setiap kali?

Jika akaun anda dibenarkan untuk menggunakan ciri muat turun, anda boleh memuat turun sehingga 20 video setiap masa.

Q : Kenapa video saya yang telah dimuat turun hilang?

Jangan bimbang, setiap video yang dimuat turun untuk tontonan luar talian tamat selepas 14 hari kerana isu-isu hak cipta. Jika anda belum selesai menonton, anda boleh muat turun sekali lagi pada bila-bila masa.

Q : Bagaimana saya boleh menukar sari kata dan audio semasa menonton?

Untuk menukar sari kata atau audio – Klik pada ikon sari kata atau audio di sudut kanan bahagian atas skrin anda dan beralih ke bahasa pilihan. Dimsum Entertainment akan ingat tetapan terakhir anda dan secara automatik menetapkan pilihan pada video anda yang seterusnya. Jika filem yang anda pilih tidak menyokong pilihan anda, Dimsum Entertainment secara automatik akan ditetapkan untuk lalai.

Q : Kenapa saya tidak dapat memilih beberapa sari kata pada sesetengah video?

Sebahagian sari kata daripada kandungan siar serentak dan perdana yang ditayangkan pada hari yang sama dengan negara asal mungkin mengalami sedikit kelewatan untuk disiapkan. Kami akan kemas kini sari kata secara progresif setiap minggu.

Q : Adakah saya boleh mengubah saiz sari kata, jenis fon dan latar belakang bagi tayangan di skrin?

Anda boleh mengubah stail sari kata mengikut cita rasa anda menerusi tetapan iOS. Lancarkan pilihan Tetapan pada iPhone atau iPad anda. Sentuh pada Umum > Kebolehcapaian > Sari Kata & Kapsyen > Gaya. Tetapan yang tersedia diset dengan latar belakang lut sinar. Tetapi, anda boleh mengubahnya dengan menyentuh Cipta Stail Baharu.

Akaun

Q : Jika terlupa kata laluan, apa yang saya patut lakukan?

Jika terlupa kata laluan, anda boleh klik pada butang “Lupa Kata Laluan” di halaman Utama kami, masukkan alamat e-mel anda dan klik pada “Set Semula Kata Laluan”. Kami akan menghantar pautan yang membolehkan anda menetapkan semula kata laluan untuk e-mel berdaftar anda.

Q : Boleh saya tukar kata laluan?

Ya, anda boleh pergi ke “Akaun Saya” dan klik pada butang Edit Maklumat Akaun untuk menukar kata laluan. Pastikan anda klik Simpan di atas sebaik selesai menyimpan kata laluan.

Q : Boleh saya tukar alamat e-mel?

Maaf, buat masa ini anda tidak boleh menukar alamat e-mel selepas didaftarkan kerana alamat e-mel tersebut akan menjadi ID Dimsum Entertainment yang unik.