1. Path :
  2. Home
  3. /
  4. dimsum menjalinkan kolaborasi bersama Visa bagi penawaran pakej

dimsum menjalinkan kolaborasi bersama Visa bagi penawaran pakej

October 30, 2019   –   dimsum
Langganan Istimewa yang lebih murah dengan kandungan hiburan Asia tanpa had!

dimsum hari ini mengumumkan kolaborasi bersama Visa, teknologi pembayaran terunggul dunia dengan menawarkan potongan sehingga 30 peratus bagi pengguna Kad Kredit Visa dan Kad Debit untuk melanggan kandungan menerusi platform dimsum.

Pakej langganan yang ditawarkan adalah seperti berikut:

  • Potongan 25% bagi langganan bulanan dimsum dengan menggunakan kod promo VISA25DS; atau
  • Potongan 30%** bagi langganan tahunan dimsum dengan menggunakan kod promo VISA30DS

Bagi yang pertama kali melanggan dimsum, akses percuma selama 30 hari akan diberikan.

Bagi menikmati tawaran ini, pelanggan hanya perlu mendaftar atau log masuk ke www.dimsum.asia menerusi pelayar web. Selepas mendaftar atau log masuk, pelanggan kemudiannya perlu memasukkan kod promo dan boleh memilih jenis langganan yang diinginkan. Proses langganan akan lengkap apabila pelanggan mengesahkan butiran kad Visa mereka.

Ketua Pegawai Pemasaran dimsum, Lam Swee Kim berkata: “Kami amat berbesar hati dapat bekerjasama dengan Visa sebagai rakan kongsi dalam menawarkan promosi seperti ini kepada pelanggan dimsum di seluruh Malaysia, Brunei & Singapura. Menerusi diskaun langganan bulanan dan tahunan yang diperkenalkan, promosi ini dilihat dapat memberi penegasan terhadap setiap komitmen kami dalam menyediakan pilihan pembayaran yang lancar dan pantas untuk pelanggan menerusi pembayaran digital yang selamat dan boleh dipercayai. “

Pengurus Negara Visa Malaysia, Ng Kong Boon berkata: “Kami sentiasa bekerjasama dengan rakan niaga tempatan untuk memberikan ganjaran dan tawaran terbaik kepada pemegang kad Visa. Melihat pada populariti drama Asia buat masa ini, kami teruja untuk bekerjasama dengan dimsum bagi menawarkan potongan harga 25 peratus dan 30 peratus kepada langganan bulanan 

serta tahunan mereka. Selain itu, promosi ini juga membolehkan pemegang kad kami di Malaysia, Singapura dan Brunei menikmati faedah menggunakan pembayaran digital.”

Sepanjang suku akhir tahun ini, terdapat banyak pengenalan siri simulcast menerusi platform dimsum. Antaranya siri komedi romantik bertemakan perubatan dari Thailand, My Ambulance yang diterajui oleh Sunny Suwanmethanont dan Mai Davika. Siri lain yang turut diminati termasuklah Men Of Vengeance 2019, The Sand Princess, dan Boy for Rent dari Thailand.

Sementara itu, The More You Eat with Don Spike, The Banker dan Special Labour Inspector, Mr. Jo yang boleh didapati di seleksi Oh!K dan The Fearless dari Taiwan.

Untuk maklumat lanjut tentang promosi ini, layari https://sites.dimsum.my/partners/visa/en/visa.html. dimsum kini boleh dinikmati oleh penonton di Malaysia, Brunei dan Singapura menerusi laman web, peranti pintar dan aplikasi televisyen. Muat turun aplikasi dimsum hari ini di Apple App Store, Google Play Store atau di Samsung Smart Hub. Layari dimsum.asia, laman Facebook rasmi dimsum (facebook.com/dimsum.asia) atau Instagram (@dimsum.asia) untuk keterangan lanjut.