1. Path :
  2. Home
  3. /
  4. dimsum Mengumumkan Pemenang Pertandingan Video Pendek #1MinuteChallenge

dimsum Mengumumkan Pemenang Pertandingan Video Pendek #1MinuteChallenge

October 30, 2019   –   dimsum

Perkhidmatan video atas permintaan, dimsum baru-baru ini melancarkan pertandingan video pendek, #1MinuteChallenge bersempena dengan kempen penjenamaan tahunan dimsum. Para pemenang bagi pertandingan tersebut diumumkan hari ini.

Dimulakan pada 1 September lalu, pertandingan #1MinuteChallenge dibuka kepada pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi di Malaysia. Menerusi pertandingan ini, para peserta berpeluang menghantar video pendek berdurasi 1 minit yang mencerminkan jenama dimsum melalui kreativiti mereka tersendiri.

Sebanyak tujuh kumpulan disenarai pendek untuk menerbitkan video bagi pusingan akhir pertandingan. Video-video terbitan mereka dihakimi berdasarkan kreativiti, penceritaan, interaksi dan kualiti teknikal. Panel juri yang terlibat dalam pemilihan pemenang terdiri daripada Ketua Pegawai Eksekutif Star Media Group, Andreas Vogiatzakis; Ketua Pegawai Pemasaran dimsum, Lam Swee Kim dan Timbalan Editor Eksekutif  dan Penerbit R.AGE, Ian Yee.

Pemenang dipilih berdasarkan penilaian juri selain undian dalam talian yang dibuka kepada khalayak bermula 18 sehingga 24 Oktober. Tempat pertama diraih oleh Cactus Production menerusi video berjudul From the Beginning. Tempat kedua disandang oleh Mameko Production yang menerbitkan video #dimsum_1MinuteChallenge menakala tempat ketiga jatuh kepada The BreezeBlockers menerusi video Welcome to the Family

Pemenang tempat pertama membawa pulang wang tunai berjumlah RM5,000 berserta langganan dimsum selama 12 bulan secara percuma. Pemenang tempat kedua membawa pulang wang tunai berjumlah RM3,000 berserta langganan dimsum selama 6 bulan secara percuma manakala tempat ketiga membawa pulang RM1,500 dan langganan dimsum selama 3 bulan secara percuma.

Dari kiri:  Timbalan Editor Eksekutif  dan Penerbit R.AGE, Ian Yee; Ketua Pegawai Eksekutif Star Media Group, Andreas Vogiatzakis dan Ketua Pegawai Pemasaran dimsum, Lam Swee Kim.

Andreas Vogiatzakis berkata: “Kreativiti bersifat subjektif dan tidak mempunyai sempadan. Kepada para pelajar, jangan mudah berputus asa dan mengalah. Saya sangat kagum dengan kreativiti, stail dan kepelbagaian pelajar yang mengambil bahagian dalam menerbitkan video pendek berdurasi seminit.”

Bercakap mengenai pertandingan tersebut, Lam Swee Kim berkata: “Kami teruja menerima sokongan positif dan penyertaan daripada para pelajar. Kami berharap dapat memperkenalkan dimsum kepada golongan muda, dan dalam masa sama menemui bakat unik dalam kalangan mereka.”

Timbalan Pengarang Eksekutif dan Penerbit R.AGE, Ian Yee berkata: “Saya sangat menggalakkan para pelajar untuk mengambil bahagian sebanyak mungkin dalam pertandingan seperti ini kerana ia dapat membuka peluang lebih besar buat mereka mempelajari lebih banyak tentang industri. Anda merupakan pemenang kerana anda berani menyahut cabaran. Walaupun anda gagal, anda boleh boleh menjadikan hal ini sebagai pengajaran dan berusaha untuk melakukan yang lebih baik.”

Butiran mengenai peraduan dan video-video pemenang boleh didapati di https://stream.dimsum.my/1-minute-challenge/.

Kini, dimsum boleh diakses di Malaysia, Brunei dan Singapura melalui laman sesawang web, telefon bimbit dan televisyen pintar. Muat turun aplikasi dimsum hari ini dari App Store atau Google Play Store. Untuk maklumat lanjut, lawati dimsum.asia, Facebook rasmi dimsum (facebook.com/dimsum.asia) atau Instagram (@ dimsum.asia).