1. Path :
  2. Home
  3. /
  4. dimsum entertainment Memperkenalkan Ciri e-Dagang Watch & Shop Pada Pelantar Aplikasi Telefon Pintar

dimsum entertainment Memperkenalkan Ciri e-Dagang Watch & Shop Pada Pelantar Aplikasi Telefon Pintar

December 5, 2019   –   dimsum

Penyedia kandungan video-on-demand (VOD) dimsum entertainment memperkenalkan ciri e-dagang terbaharu, Watch & Shop untuk pelanggan di Malaysia. Berkolaborasi dengan platform e-dagang nombor satu Malaysia, Shopee, pengenalan ini sekaligus menjadikan dimsum entertainment sebagai penyedia VOD tempatan pertama yang menyediakan ciri tersebut pada pelantar aplikasi telefon pintar.

Menerusi Watch & Shop, pelanggan boleh membeli-belah pelbagai barangan berdasarkan rancangan yang ditonton. Antaranya termasuklah barangan kecantikan, kesihatan, fesyen, perkakasan rumah dan gaya hidup, elektronik, peranti pintar dan gajet serta lain-lain produk. Ciri istimewa ini boleh diakses melalui aplikasi dimsum entertainment di semua telefon pintar dan proses pembelian akan dilengkapkan di Shopee.

“Kami melihat trend terkini dalam kalangan penonton yang suka meniru gaya para pelakon yang membintangi sesebuah drama. Justeru, kami sangat teruja untuk merealisasikan trend tersebut menerusi Watch & Shop, yang membolehkan pelanggan mencari produk yang mirip dengan apa yang dilihat menerusi drama. Secara tidak langsung, ia menjadikan pengalaman beli-belah pelanggan menjadi lebih mudah,” ujar Ketua Pegawai Pemasaran dimsum entertainment, Lam Swee Kim.

Pengarah Urusan Serantau Shopee, Ian Ho pula berkata: “Kami berasa sangat teruja terlibat dengan ciri baharu Watch & Shop ini yang dapat meningkatkan pengalaman beli-belah bagi orang ramai. Kerjasama ini juga selaras dengan visi Shopee untuk memberikan pengalaman sosial yang meningalkan kesan menerusi permainan dalam aplikasi kami serta ciri-ciri gaya hidup lain. Pengumuman ini juga membolehkan pengguna dimsum entertainment berpeluang untuk menikmati 12.12 Birthday Sale. Berlangsung bermula sekarang sehingga 12 Disember, pelanggan bakal diberikan tawaran istimewa serendah RM12 dan penghantaran percuma dengan perbelanjaan minuman sebanyak RM12. Siapa tahu, beg yang digalas oleh pelakon itu hanya bernilai RM12!”

Produk-produk yang tersedia pada platform e-dagang Watch & Shop ini dipilih bersesuaian mengikut drama bersiri popular dimsum entertainment. Antara sembilan judul drama bersiri yang dipilih termasuklah My Ambulance, Boy For Rent, Endless Love, TheSand Princess, Mr. Fighting, Love Under The Moon, All Is Well (Taiwan), All Is Well (Singapura) dan Man of Vengeance 2019.

Dari 5hb hingga 15hb Disember 2019, para pelanggan dapat menikmati potongan harga RM10 dengan setiap pembelian minimum RM35 apabila membeli belah di Watch & Shop, dengan penggunaan kod promo DIMSUM1212.

dimsum entertainment kini boleh distrim di Malaysia, Brunei serta Singapura, dan boleh diakses melalui aplikasi web, peranti pintar mudah alih dan TV. Untuk maklumat lanjut, lawati dimsum.asia, Facebook rasmi dimsum (dimsum entertainment) atau Instagram (dimsum entertainment).