1. Path :
  2. Home
  3. /
  4. Dimsum Entertainment membawakan filem-filem Bollywood terhangat menerusi Shemaroo On Demand!

Dimsum Entertainment membawakan filem-filem Bollywood terhangat menerusi Shemaroo On Demand!

November 12, 2020   –   dimsum

Dimsum Entertainment hari ini mengumumkan kerjasama bersama penyedia kandungan popular dari India, Shemaroo On Demand. Diiktiraf menerusi pelbagai majlis anugerah, Shemaroo On Demand yang telah berkembang di lebih 30 buah negara kini bakal memberikan pengalaman hiburan luar biasa buat pelanggan Dimsum Entertainment, khususnya peminat filem-filem Bollywood malar segar.

Mengulas mengenai kerjasama ini, Ketua Pegawai Operasi Shemaroo Entertainment, Kranti Gada berkata: “Sejak lima dekad lalu, nama Shemaroo on Demand begitu sinonim dengan dunia Bollywood dan sehingga kini, kami telah bekerjasama dengan pelbagai jenama untuk menghiburkan lebih ramai penonton di peringkat global. Kerjasama bersama Dimsum Entertainment akan memperkukuhkan lagi misi dan komitmen kami untuk membawa Bollywood dan hiburan dari India kepada penonton di seluruh dunia. Kami teruja dan gembira untuk bekerjasama dengan Dimsum Entertainment. Kami juga yakin yang pelanggan Dimsum Entertainment juga bakal jatuh cinta dengan Bollywood.”

Ketua Pegawai Operasi Shemaroo Entertainment, Kranti Gada

Ketua Pegawai Pemasaran Dimsum Entertainment, Lam Swee Kim turut melahirkan rasa teruja dengan kerjasama ini.

“Kerjasama dengan Shemaroo Entertainment akan memberi peluang kepada kami untuk menjangkau lebih ramai penonton berbanding sebelum ini memandangkan India adalah salah satu pusat filem terbesar di dunia. Hal ini merupakan cara terbaik dalam menghidangkan hiburan Asia terbaik kepada pelanggan kami dengan Shemaroo On Demand.”

Ketua Pegawai Pemasaran Dimsum Entertainment, Lam Swee Kim

Bermula 12 November 2020, penonton boleh menyaksikan filem-filem seperti  Ajab Prem Ki Ghazab KahaniGolmaal ReturnsJab We MetHello BrotherMann, dan Har Dil Jo Pyar Karega.

Bersedia untuk menonton lakonan mantap Ajay Devgan dan Raveena Tondon menerusi filem Dilwale, yang mengisahkan tentang pasang surut hubungan cinta sepasang kekasih. Hubungan cinta mereka terputus di tengah jalan dan akhirnya bersatu kembali atas pertolongan seorang polis budiman yang dilakonkan oleh Sunil Shetty.

Jika anda merupakan peminat pelakon veteran Amitabh Bachchan, jangan lepaskan peluang menyaksikan filem-filem lakonan beliau seperti. Ek Ajnabee, Aarakshan, Aankhen dan Khuda Gawah.

Sementara itu, penggemar Priyanka Chopra (atau kini lebih popular dikenali sebagai Priyanka Chopra Jonas) pula boleh menikmati filem-filem lakonannya seperti Barsaat, yang menyaksikannya berlakon di samping Bobby Deol dan Andaaz, bersama Akshay Kumar dan Lara Dutta.

Selain judul-judul di atas, pelbagai genre filem Bollywood lain turut dibawakan oleh Dimsum Entertainment. Antaranya termasuklah komedi, cinta dan seram.

Untuk maklumat lanjut mengenai terma langganan dan informasi, layari www.dimsum.asia, Facebook rasmi Dimsum Entertainment (@dimsum.ent), Instagram (@dimsum.ent) dan Twitter (@dimsumasia).