1. Path :
  2. Home
  3. /
  4. dimsum entertainment kini boleh disaksikan menerusi meWATCH

dimsum entertainment kini boleh disaksikan menerusi meWATCH

February 28, 2020   –   dimsum

dimsum entertainment hari ini memeterai perjanjian bersama
Mediacorp bagi membawakan seleksi drama terbaik dari Thailand menerusi meWATCH, platform penstriman video milik syarikat media gergasi dari Singapura itu.

Bermula hari ini, penonton boleh menyaksikan rangkaian drama siri Thailand popular seperti The Sand Princess, Confusedly in Love dan Flower Ring. Drama bikin semula yang diadaptasi daripada drama bersiri Taiwan, You Are My Destiny dan Mia 2018 turut menanti penonton. Bagi penggemar naskhah bergenre epik komedi, drama bersiri Thong Ek – The Herbal Master bakal menemui pelanggan.

The Sand Princess, Thong Ek – The Herbal Master dan Mia 2018

Semua drama boleh distrim dengan audio asal bahasa Thailand, dengan sari kata bahasa Inggeris serta Cina.

Ketua Pegawai Pemasaran dimsum entertainment, Lam Swee Kim berkata: “Kami berasa sungguh teruja untuk berkolabrasi bersama Mediacorp dan membawakan kandungan dari Thailand yang berkualiti untuk audiens yang lebih besar menerusi meWATCH.

“Menerusi kolaborasi ini, pelanggan dapat menikmati kandungan hiburan dengan lebih nilai: menyaksikan koleksi terbesar drama Thailand oleh dimsum entertainment menerusi platform penstriman multi skrin meWATCH.

Sementara itu, Ketua Produk Digital & Teknologi Mediacorp, Anil Nihalani berkata: “Penggemar drama sudah sedia maklum bagaimana produksi dari Thailand bijak dan kreatif dalam mengetengahkan plot dan teknik penceritaan. Kami berasa gembira dapat berkolaborasi dengan dimsum entertainment bagi memperkenalkan drama Thailand kepada pelanggan kami. Dalam masa yang sama, kolaborasi ini dapat mengembangkan lagi genre kandungan yang ada di meWatch,” katanya.

Untuk maklumat lanjut mengenai terma langganan dan informasi, layari www.dimsum.asia, Facebook rasmi dimsum entertainment (@dimsum.ent), Instagram (@dimsum.ent) dan Twitter (@dimsumasia).