1. Path :
  2. Home
  3. /
  4. dimsum entertainment dan SayPBS lancarkan kandungan berbentuk ilmiah

dimsum entertainment dan SayPBS lancarkan kandungan berbentuk ilmiah

March 12, 2020   –   dimsum

dimsum entertainment hari ini mengumumkan kolaborasi antara SayPBS, platform e-pembelajaran yang menawarkan kandungan pendidikan . Boleh distrim bermula hari ini, kerjasama ini dilihat dapat memberikan nafas baharu terhadap cara pembelajaran para pelajar, khususnya menerusi cara yang lebih moden dan interaktif.

SayPBS merupakan rangkaian e-pembelajaran yang cukup terkenal dengan persembahan pembelajaran secara kreatif mengikut kesesuaian subjek. Cara pembelajaran ini dilihat dapat membantu pelajar memahami sesuatu subjek dengan mendalam. Memiliki pengalaman lebih 16 tahun dalam bidang pendidikan, SayPBS menggunakan teknik yang kreatif untuk memberi aspirasi kepada pelajar.

Ketika pelancaran, pelbagai video sudah boleh mula distrim. Video-video tersebut meliputi pelbagai topik dalam sains yang merangkumi silibus SPM serta e-tutorial tambahan yang bakal diterbitkan secara bulanan. Antara topik utama yang diketengahkan adalah Matter and Substance, sebuah topik tentang elemen dan atom. Setiap topik dianimasikan supaya pelajar lebih memahami setiap apa yang ingin disampaikan.

Kerjasama ini diharapkan dapat membantu penonton-penonton muda dimsum entertainment dan juga pelajar SayPBS yang mahukan akses bahan-bahan pembelajaran secara on-the-go.

Ketua Pegawai Pemasaran dimsum entertainment, Lam Swee Kim berkata: “Kami sentiasa terbuka untuk berkoloborasi dengan peneraju dalam e-pendidikan yang mampu memberi akses mudah kepada para pelajar dan juga penonton cilik dimsum entertainment. Kolaborasi dengan SayPBS ini akan membuka peluang baharu untuk kami menguatkan lagi tawaran berbentuk pendidikan pada masa akan datang,” katanya.

Tutor Senior SayPBS, Encik Denis berkata: “Kami sentiasa memandang ke hadapan untuk menghasilkan lebih banyak kandungan yang menarik, interaktif dan mencabar minda bagi membolehkan para pelajar untuk berfikir lebih jauh berbanding hanya dalam bilik darjah. Dalam

masa yang sama, kami juga ingin memastikan para pelajar mampu untuk mencapai keputusan terbaik dengan material pembelajaran kami,” katanya.

Untuk mengakses e-tutorial di dimsum entertainment, pelanggan boleh melanggan dengan harga istimewa, RM10 sebulan dengan menggunakan kod promo STUDYJER di www.dimsum.asia.

Untuk maklumat lanjut mengenai terma langganan dan informasi, layari www.dimsum.asia, Facebook rasmi dimsum entertainment (@dimsum.ent), Instagram (@dimsum.ent) dan Twitter (@dimsumasia).