1. Path :
  2. Home
  3. /
  4. dimsum dan Persatuan Hotel Budget Malaysia (MyBHA) perkenal kandungan penstriman untuk hotel di Malaysia

dimsum dan Persatuan Hotel Budget Malaysia (MyBHA) perkenal kandungan penstriman untuk hotel di Malaysia

November 4, 2019   –   dimsum

dimsum telah menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) dengan Persatuan Hotel Budget Malaysia (MyBHA) baru-baru ini, bagi penawaran kandungan penstriman untuk pelanggan hotel yang menginap di hotel-hotel yang berdaftar di bawah MyBHA di seluruh Malaysia.

Menerusi kerjasama ini, pelanggan hotel bakal menikmati kandungan hiburan dari seluruh Asia. Pas 1 hari, 3 hari, 5 hari dan 7 hari akan diberi tidak lama lagi yang lama pelanggan hotel hanya perlu mendaftar dengan kod promo yang diberikan melalui aplikasi dimsum di telefon pintar.

Ketua Pegawai Pemasaran dimsum, Lam Swee Kim berkata: “Kami berasa teruja dengan potensi kolaborasi antara dimsum dan MyBHA. Kami melihat kerjasama ini sebagai salah satu cara untuk memangkin lebih banyak kolaborasi dengan hotel lain pada masa akan datang,” katanya.

Dari Kiri: Timbalan Setiausaha Agung MyBHA, Abdul Jalal Md Nawi, Ketua Pegawai Pemasaran dimsum, Lam Swee Kim, Ketua Pegawai Eksekutif Star Media Group, Andreas Vogiatzakis, Timbalan Presiden Kebangsaan MyBHA, Dr. Sri Ganesh Michiel, Pengerusi Biro Perniagaan dan Perdagangan MyBHA, Andy Lau Eng Leong dan EXCO MyBHA, Raymond Woo

Perjanjian persefahaman tersebut ditandatangani secara bersama oleh Ketua Pegawai Eksekutif Star Media Group, Andreas Vogiatzakis dan Timbalan Presiden Kebangsaan MyBHA, Dr. Sri Ganesh Michiel, dan disaksikan oleh Ketua Pegawai Pemasaran dimsum, Lam Swee Kim bagi pihak dimsum dan Pengerusi Biro Perniagaan & Perdagangan MyBHA, Andy Lau Eng Leong bagi pihak MyBHA.

Majlis tersebut turut dihadiri oleh Timbalan Setiausaha Agung MyBHA, Abdul Jalal Md Nawi dan EXCO MyBHA, Raymond Woo. Menerusi MoU yang ditandatangani, hotel-hotel yang berdaftar di bawah MyBHA bakal menikmati harga istimewa pakej dimsum selama setahun.

Sementara itu, Dr. Sri Ganesh Michiel berkata: “Buat masa ini, persatuan kami sedang menjalinkan kerjasama dengan entiti korporat dalam mewujudkan faedah kepada ahli-ahli persatuan. Dalam masa sama, kami juga cuba mencari peluang untuk  menurunkan kos operasi dan menyediakan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan-pelanggan hotel.

“Saya juga menyarankan agar semua pengusaha hotel dapat bergabung di bawah MyBHA untuk meraih manfaat selain meningkatkan prestasi industri perhotelan tempatan ke arah yang lebih baik. Kami mengucapkan terima kasih kepada dimsum dalam menyediakan perkhidmatan kami kepada ahli MyBHA pada kadar istimewa,” katanya.

Setakat ini, sebanyak lebih 2,300 hotel budget yang telah berdaftar di bawah MyBHA. Antara hotel-hotel tersebut termasuklah Riccarton Capsule, Artisan Eco Hotel dan De Palma Inn. Selain itu, aplikasi dimsum akan sedia terpasang pada setiap televisyen pintar di hotel seluruh Malaysia pada suku pertama 2020.

Kini, dimsum boleh diakses di Malaysia, Brunei, dan Singapura menerusi laman sesawang, telefon bimbit dan aplikasi-aplikasi televisyen. Untuk maklumat lanjut, layari dimsum.asia, laman Facebook rasmi dimsum (@dimsum.asia) atau Instagram (@dimsumasia).