1. Home
  2. Business
  3. Entertainment
  1. Language filter :
  2. Show all
  3. English
  4. Chinese
  5. Bahasa Malaysia
March 12, 2020

dimsum entertainment dan SayPBS lancarkan kandungan berbentuk ilmiah

dimsum entertainment hari ini mengumumkan kolaborasi antara SayPBS, platform e-pembelajaran yang menawarkan kandungan pendidikan . Boleh distrim bermula hari ini, kerjasama ini dilihat dapat memberikan nafas baharu terhadap cara pembelajaran para pelajar, khususnya menerusi cara yang lebih moden dan interaktif.

February 28, 2020

dimsum entertainment kini boleh disaksikan menerusi meWATCH

dimsum entertainment hari ini memeterai perjanjian bersama
Mediacorp bagi membawakan seleksi drama terbaik dari Thailand menerusi meWATCH, platform penstriman video milik syarikat media gergasi dari Singapura itu.

December 5, 2019

dimsum entertainment Memperkenalkan Ciri e-Dagang Watch & Shop Pada Pelantar Aplikasi Telefon Pintar

Penyedia kandungan video-on-demand (VOD) dimsum memperkenalkan ciri e-dagang terbaharu, dimsum Watch & Shop untuk pelanggan di Malaysia. Berkolaborasi dengan platform e-dagang nombor satu Malaysia, Shopee, pengenalan ini sekaligus menjadikan dimsum sebagai penyedia VOD tempatan pertama yang menyediakan ciri tersebut pada pelantar aplikasi telefon pintar.

November 4, 2019

dimsum dan Persatuan Hotel Budget Malaysia (MyBHA) perkenal kandungan penstriman untuk hotel di Malaysia

dimsum telah menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) dengan Persatuan Hotel Budget Malaysia (MyBHA) baru-baru ini, bagi penawaran kandungan penstriman untuk pelanggan hotel yang menginap di hotel-hotel yang berdaftar di bawah MyBHA di seluruh Malaysia.

October 30, 2019

dimsum Mengumumkan Pemenang Pertandingan Video Pendek #1MinuteChallenge

Perkhidmatan video atas permintaan, dimsum baru-baru ini melancarkan pertandingan video pendek, #1MinuteChallenge bersempena dengan kempen penjenamaan tahunan dimsum. Para pemenang bagi pertandingan tersebut diumumkan hari ini.

October 30, 2019

dimsum menjalinkan kolaborasi bersama Visa bagi penawaran pakej

dimsum hari ini mengumumkan kolaborasi bersama Visa, teknologi pembayaran terunggul dunia dengan menawarkan potongan sehingga 30 peratus bagi pengguna Kad Kredit Visa dan Kad Debit untuk melanggan kandungan menerusi platform dimsum.

October 15, 2019

dimsum Melancarkan Cabaran Tarian Buat Julung kali di TikTok rebut peluang memenangi tiket VIP ke dimsum THAI POP 2019

dimsum, salah satu perkhidmatan langganan video atas permintaan (VOD) terkemuka di Malaysia telah bekerjasama dengan TikTok, destinasi utama untuk video mudah alih pendek, mengumumkan cabaran tanda pagar pertama, #dimsumThaiPop2019. Cabaran sulung ini adalah bersempena kedatangan acara sambutan ulang tahun ketiga dimsum iaitu dimsum THAI POP 2019 yang dijadualkan berlangsung pada 10 November.

Untuk menyertai cabaran ini, pengguna aplikasi TikTok boleh merakam dan memuat naik video aksi tarian mereka menggunakan lagu tersebut dengan menyertakan tanda pagar #dimsumThaiPop2019 dan #MyAmbulance. Cabaran ini akan berlangsung pada 12 sehingga 19 Oktober 2019 dan dua peserta dengan video paling menarik bakal memenangi tiket VIP ke dimsum THAI POP 2019.

September 12, 2019

Konsert dimsum THAI POP 2019 Pertama di Malaysia Sembilan artis diketuai oleh Sunny Suwanmethanont dan Tor Thanapob

Bersempena sambutan ulang tahun ketiga pada bulan November yang akan datang, dimsum dengan bangganya membawakan konsert Thai pertama, dimsum THAI POP 2019 yang bakal dilangsungkan pada 10 November, 2019 di IDEAL Convention Centre, Shah Alam. Barisan artis jemputan untuk konsert ini terdiri daripada 9 orang, iaitu Sunny Suwanmethanont, Tor Thanapob Leeratanakachorn, Jaylerr Kritssanapoom Pibulsonggram, Captain Chonlathorn Kongyingyong dan Ice Paris Intarakomalyasut dari kumpulan 9BY9.

July 22, 2019

Terkini di dimsum: Berita Sensasi dan Hiburan Terpilih Asia

Rangkaian internet menawarkan pelbagai saluran yang menyiarkan berita tergempar, isu semasa tempatan, serta laporan mendalam di dalam dan luar Asia. Namun, bagi peminat berita, bukan mudah untuk mendapatkan semuanya secara percuma dalam satu platform. Jadi di dimsum, kami telah menghimpunkan pilihan saluran terbaik di Asia yang dapat ditonton tanpa bayaran mengikut minat anda, sama ada berita, hiburan, atau gaya hidup.

July 3, 2019

Maybank menawarkan hiburan Asia tanpa had dengan dimsum Dapatkan diskaun sehingga 25% untuk setiap langganan!

dimsum mengumumkan kerjasama dengan Maybank, bank terbesar di Malaysia, dengan memberikan pengguna tawaran promosi untuk menikmati tontonan tanpa had bagi rancangan-rancangan dan siri-siri terkini dari Asia!