Jumlah peranti yang boleh dihubungkan dengan Dimsum Entertainment bergantung pada pakej langganan. Bagi pakej VIP Family, anda boleh mengakses Dimsum Entertainment menerusi 5 peranti secara serentak. Sementara itu, bagi pelanggan pakej VIP, anda boleh mengakses Dimsum Entertainment menerusi 2 peranti secara serentak. Akses secara perkongsian tidak tersedia untuk pengguna yang tidak melanggan.