1. Path :
  2. Home
  3. /
  4. Bad Genius The Series gegarkan Dimsum Entertainment sepanjang bulan ini!

Bad Genius The Series gegarkan Dimsum Entertainment sepanjang bulan ini!

August 3, 2020   –   dimsum

Masihkah anda ingat tentang naskhah filem bergenre suspen dari Thailand, Bad Genius yang pernah menarik perhatian penggemar filem dunia sekitar 2017? Selain jalan cerita yang berjaya memukau penonton, filem yang diinspirasikan daripada kisah besar tersebut turut menerima pengiktirafan menerusi beberapa majlis anugerah.

Antara anugerah yang diterima oleh Bad Genius (boleh ditonton di Dimsum Entertainment) termasuklah Suntingan Terbaik dan Aktres Baharu Terbaik menerusi Asia Pacific Film Festival 2018 (APFF) manakala Anugerah Khas Juri pula diterima pada ASEAN Film Festival and Awards 2018.

Mengimbas kembali perjalanan plot filem tersebut, filem Bad Genius memberi fokus terhadap watak utamanya, Lin, seorang pelajar pintar di sebuah sekolah yang mengaut keuntungan dengan menjual jawapan ketika peperiksaan.

Kegiatan itu Lin berpunca daripada pertolongan yang diberikan kepada sahabatnya, Grace, yang inginkan gred terbaik bagi membolehkannya untuk menyertai kelab drama. Pertolongan yang diberika kepada Grace akhirnya dihidu oleh teman lelakinya, Pat dan mencadangkan supaya Lin membekalkan jawapan ketika dia sewaktu peperiksaan. Sebagai balasan, mereka berdua membayar Lin dengan sejumlah wang yang besar.

‘Bisnes rahsia’ yang dikelolakan oleh Lin akhirnya berkembang dalam kalangan kawan-kawannya di sekolah sehingga dia menerima tugasan yang lebih besar, iaitu menyediakan jawapan bagi peperiksaan antarabangsa STIC. Bagi merealisasikan impian rakan-rakannya, Lin perlu terbang ke Australia bagi menjawab peperiksaan tersebut terlebih dahulu mengikut zon masa negara berkenaan. Sejurus selesai menjawab, Lin perlu menghantar semula jawapan-jawapan bagi peperiksaan tersebut ke rakan-rakannya di Thailand.

Bagaimanapun, Lin tidak berupaya untuk melakukan tugasan bernilai jutaan Baht itu seorang diri. Justeru, Lin meminta bantuan seorang lagi pelajar pintar bernama Bank, yang kebetulan memerlukan wang untuk kelangsungan hidupnya.

Diterbitkan oleh rumah produksi yang sama membikin Project S The Series (juga boleh didapati di Dimsum Entertainment), Bad Genius The Series menampilkan barisan pelakon yang berbeza.

Mendapat sentuhan sutradara yang popular dengan penghasilan naskhah berkisarkan tentang kehidupan remaja, Pat Boontipat, drama 13 episod ini turut mengadaptasi jalan cerita yang serupa dengan versi filem dengan mengangkat kisah hidup empat sahabat tersebut. Selain itu, terdapat juga watak-watak baharu yang diketengahkan. June Plearnchaya yang merupakan salah seorang anggota kumpulan vokal BNK48 menggalas watak utama iaitu Lin dan penyanyi Jaonnay Wattanasin pula diberi kepercayaan untuk membawakan watak Bank. Sementara itu, watak Pat pula dimainkan oleh bekas ahli kumpulan 9X9, Ice Paris manakala watak Grace pula dijayakan oleh Nana Paisarnpayak.

Bad Genius The Series kini ditayangkan pada hari yang sama dengan Thailand bermula 3 Ogos 2020. Pelanggan Dimsum Entertainment boleh menyaksikan episod baharu setiap hari Isnin dan Selasa.

Selain Bad Genius The Series, drama-drama menarik lain yang boleh disaksikan di Dimsum Entertainment sepanjang Ogos 2020 termasuklah Never Twice, Office Girls, Pleasantly Surprised; siri animasi yang ekspres dari Japan The Millionaire Detective Balance: UNLIMITED; juga dua filem dari Vietnam, Face Off – The Imperfect Trio dan Face Off – The Walking Guest.

Untuk maklumat lanjut mengenai terma langganan dan informasi, layari www.dimsum.asia, Facebook rasmi Dimsum Entertainment (@dimsum.ent), Instagram (@dimsum.ent) dan Twitter (@dimsumasia).